`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 25, 2024

Jangan terpengaruh isu Akmal-Teresa, Ahli Parlimen Kluang beritahu pengundi Cina

 

Free Malaysia Today
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi (berdiri) bersama petugas media pada majlis ramah mesra di The Kopi Factory, Kluang.
KLUANG
Seorang pemimpin DAP merayu pengundi Cina di Mahkota tidak terpengaruh dengan isu perbalahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Naib Presiden DAP Teresa Kok, di sebalik laporan kemungkinan wujudnya unsur sabotaj dalam kalangan pengundi komuniti itu terhadap calon Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata, pergeseran antara dua pemimpin itu bersifat peribadi dan kelantangan Akmal dalam isu pensijilan halal tidak seharusnya dijadikan pertimbangan untuk tidak keluar mengundi.

Katanya, pengundi DUN Mahkota seharusnya membuat pilihan secara rasional dan perlu memikirkan PRK kali ini bertujuan memilih seorang ‘Yang Berhormat’ yang boleh membawa suara rakyat dan menjadi penghubung antara kerajaan negeri.

“Isu itu bersifat peribadi, pengundi kena ingat PRK ini kita sedang memilih calon yang boleh bekerjasama dengan YB Chew (Adun Mengkibol Chew Chong Sin) dan saya sendiri, untuk jaga kepentingan rakyat di Kluang. 

Kita bukan nak pilih Adun di kawasan lain, tetapi kita sedang pilih Adun Mahkota untuk orang Mahkota, jadi pastikan anda semua keluar mengundi,

 katanya pada majlis ramah mesra bersama media di kilang kopi tempatan The Kopi Factory.

Berbaki dua hari kempen, isu perbalahan antara Akmal dan Kok terus dijadikan modal pembangkang untuk menghakis sokongan terhadap calon mewakili kerajaan perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah.

Malah, terdapat pihak tertentu menyebarkan surat layang menghasut pengundi Cina agar tidak mengundi calon BN pada PRK Mahkota untuk ‘memberi pengajaran’ kepada Umno yang didakwa sombong.

Dalam pada itu, Wong berharap pengundi Cina yang tinggal di luar Kluang akan pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.

Kita tahu mereka baru saja pulang minggu lepas untuk sambutan Pesta Tanglung dan mungkin keberatan untuk pulang semula Sabtu ini,
 katanya.

Tetapi kita mahu jelaskan, undi anda amat penting untuk kita beri ‘signal’ kepada pelabur, kerajaan perpaduan ketika ini stabil, yang manfaatnya juga akan dinikmati penduduk Johor,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.