`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 25, 2024

Motac pantau isu ‘check in lambat, keluar awal’ hotel

 

Free Malaysia Today
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menasihatkan ramai untuk membaca dan memahami terma ditetapkan hotel sebelum membuat tempahan.

PETALING JAYA
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memantau rapat isu sesetengah hotel yang didakwa menetapkan masa daftar masuk lewat dan daftar keluar awal seperti tular di media sosial baru-baru ini.

“Motac memahami kebimbangan yang disuarakan oleh orang awam serta pelancong berhubung perkara ini.

Kami sedang memantau isu ini dengan lebih dekat dan juga memberikan perhatian serius terhadap pengusaha industri perhotelan yang berkaitan untuk memberikan penjelasan berhubung perkara ini,
 katanya.

Bagaimanapun, kementerian itu menasihatkan orang ramai sentiasa membaca dan memahami terma serta syarat yang ditetapkan hotel sebelum membuat tempahan.

Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati, terutamanya berkaitan dengan penentuan harga serta perkhidmatan yang disediakan,

 katanya.

Baru-baru ini tular di X catatan seorang pengguna platform itu yang tidak berpuas hati apabila hotel tertentu menetapkan daftar masuk pada 4 petang manakala daftar keluar pada 11 pagi.

Terdahulu, FMT melaporkan gesaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) supaya kerajaan menggubal peraturan untuk selaras waktu daftar masuk dan keluar hotel agar setimpal dengan tempahan bermalam.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia, Khoo Boo Lim menjelaskan bahawa hotel mengatur waktu daftar masuk dan keluar berdasarkan keperluan operasi, misalnya penghunian yang tinggi, inventori bilik yang besar, serta kekurangan pekerja.

Katanya, masa pendaftaran keluar-masuk yang biasa diamalkan hotel bukan ‘waktu rasmi’. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.