`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 9, 2024

Sindiket palsu dokumen, cop tumpas, 3 warga asing ditahan

 

Free Malaysia Today
Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh menunjukkan barang rampasan pada sidang media di Putrajaya hari ini. (Gambar Jabatan Imigresen Malaysia)

PUTRAJAYA
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu didalangi warga Pakistan yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, berkata susulan penahanan seorang lelaki warga Pakistan dan wanita warga India di Subang Jaya, pihaknya menahan seorang lagi lelaki Pakistan dikenali Azhar yang dipercayai dalang utama sindiket itu di Kuala Lumpur pada 5 serta 6 Sept lalu.

Beliau berkata, 50 pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu, 28 cop keselamatan keluar masuk negara palsu, 16 pasport pelbagai negara serta sebuah komputer riba, mesin cetak, pencetak gambar, pelekat hologram, MyKad palsu dan lesen memandu Malaysia palsu dirampas dari sebuah kediaman di Jalan Desa Bakti, Sungai Besi.

“Semua mereka yang berusia 44 dan 50 tahun itu kini ditahan 14 hari bermula 6 Sept lepas di Depot Imigresen Bukit Jalil.

Semakan awal mendapati dua lelaki Pakistan ini memiliki PLKS masih sah laku, manakala wanita warga India tinggal lebih masa di Malaysia,
 katanya pada sidang media mengenai Operasi Khas Imigresen di sini.

Kes disiasat bawah Seksyen 55D, Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Ruslin berkata, modus operandi sindiket itu ialah menawarkan perkhidmatan penyediaan dokumen kepada warga asing dari negara sumber yang tiada dokumen perjalanan ke negara ini serta tamat tempoh melalui media sosial.

Menurutnya, kadar bayaran RM100 hingga RM300 dikenakan untuk cop keselamatan, pelekat PLKS antara RM150 dan RM300, lesen kenderaan Pakistan antara RM100 dan RM200 serta pas khas RM800 hingga RM1,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.