`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, September 19, 2026

Bersatu ‘diintai’ parti lain bentuk pakatan hadapi Umno, kata Azmin

 Setiausaha agung Bersatu berkata, partinya akan sambut kerjasama dengan bijaksana demi kemakmuran Malaysia.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ malam ini.
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali memberi bayangan bahawa partinya kini ‘diintai’ pihak lain yang mahu membentuk pakatan bagi menghadapi lawan seperti Umno.

Beliau berkata, setiap usaha kerjasama akan disambut dengan bijaksana demi memacu kemakmuran negara melalui gandingan tenaga yang kukuh.

“Hari ini ada pelbagai pihak gamit kita. Intai-intai langkah Bersatu, termasuk hulurkan tangan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu malam ini.

“Ada sampaikan salam. Salam dan senyuman akan disambut dengan kebijaksanaan demi membina kemakmuran Malaysia anak watan menerusi gabungan tenaga yang mantap.”

Dalam pada itu, Azmin membangkitkan ini kali pertama Bersatu dibenarkan menggunakan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi acara parti, memberi bayangan hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

“Ini julung kali Bersatu diberi penghormatan pakai Dewan Sivik MBPJ. Faham atau tidak faham?” katanya berkias.

Terdahulu dilaporkan PH Melaka sedang memuktamadkan rundingan dengan parti yang mempunyai aspirasi sama, termasuk Bersatu, bagi membentuk kerjasama ‘PH Plus’ bagi menghadapi PRN.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, rundingan itu dilaksanakan berdasarkan ketetapan dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.