`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Monday, October 5, 2026

Asyraf seru mahasiswa UiTM jangan terpengaruh agenda kesamarataan

 Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki seru mahasiswa pertahan keistimewaan Perlembagaan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki tidak mahu ada anak-anak UiTM membicarakan soal kesamarataan lalu mendakwa agenda Bumiputera sudah tidak relevan.
SHAH ALAM:
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki menyeru mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak terpengaruh dengan agenda kesamarataan yang didakwa boleh menghakis kepentingan agenda pendidikan Bumiputera.

Beliau menyeru mahasiwa mempertahankan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dalam memastikan keseimbangan pembangunan pendidikan dan ekonomi negara.

“Perkara 153 menyebut mengenai keistimewaan orang Melayu. Dia tak sebut keistimewaan Bumiputera, dalam Perlembagaan tak ada istilah Bumiputera. Dalam Perlembagaan yang ada adalah kedudukan orang Melayu dan anak negeri atau pribumi Sabah dan Sarawak. Ada keistimewaannya dari segi perkhidmatan awam, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

“Disebabkan itu, jangan pula saya dengar lepas ini ada anak-anak UiTM yang membicarakan soal kesamarataan dan mendakwa agenda Bumiputera sudah tidak relevan dan agenda kesamarataan lebih relevan. Ini adalah hak yang terjamin dalam Perlembagaan yang wajib kita pertahankan untuk anak cucu pada masa akan datang,” katanya ketika syarahan perdana ‘Wacana Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam’ di UiTM Shah Alam.


Asyraf turut menegaskan kepentingan mempertahankan asas pembentukan negara termasuk kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, keistimewaan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak, selain institusi Raja-Raja Melayu.

Katanya, perkara berkenaan menjadi antara teras penting dalam Perlembagaan yang perlu difahami dan dihayati generasi muda.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Dusuki Ahmad. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.