`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Thursday, November 12, 2026

14 ditahan dalam siasatan kes pergaduhan maut

 Jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini sebanyak 23 orang, kata polis.

Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
Ketua Polis Sibu Abang Zainal Abidin Abang Ahmad umum penahanan 14 suspek dalam siasatan kes pergaduhan di Sibu. (Gambar Bernama)
SIBU:
Polis menahan 14 lagi individu berhubung kes pergaduhan yang mengorbankan seorang lelaki akibat tikaman pada dada, Sabtu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan setakat ini sebanyak 23 orang.

Ketua Polis Sibu Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata 14 suspek itu ditahan di beberapa lokasi di bandar Sibu semalam hasil risikan polis.

Beliau berkata semua suspek direman selama enam hari sehingga 18 Nov bagi membantu siasatan.

Polis menerima laporan mengenai pergaduhan itu kira-kira 2 pagi pada 7 Nov.

Susulan laporan itu, sembilan suspek berusia antara 16 hingga 42 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar Sibu pada hari yang sama dan direman sehingga 15 Nov.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis sedang mengenal pasti peranan serta penglibatan setiap suspek dalam kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta supaya menyalurkannya kepada polis serta mengelak daripada membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.