`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Wednesday, November 11, 2026

Zahid dakwa trend sokongan pengundi Cina di Melaka mula alih kepada BN

 Pengerusi BN berkata, perkara ini berdasarkan laporan kajian bebas yang diterima dalam tempoh kurang 50 jam sebelum hari mengundi.

Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi BN Zahid Hamidi berucap pada program pertemuan bersama jentera BN Tangga Batu malam ini, menjelang PRN Melaka.
TANGGA BATU:
Barisan Nasional (BN) mendakwa sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, di Melaka menunjukkan perkembangan positif apabila trend sokongan masyarakat itu dilaporkan mula beralih kepada gabungan itu menjelang hari pengundian 14 Nov ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berkata, perkara ini berdasarkan laporan kajian bebas yang diterima dalam tempoh kurang 50 jam sebelum hari mengundi.

“Kita mendapat laporan daripada pihak yang melakukan kajian bebas memperlihatkan trend sokongan itu telah beralih kepada BN dan saya harap ianya akan dapat dipertahankan dan dipertingkatkan menjelang 14 Nov nanti,

“InsyaAllah, kami mengharapkan gelombang pengundi Cina di Melaka ini akan beralih arah untuk menyokong calon-calon BN kerana tidak ada isu besar yang melibatkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program pertemuan bersama jentera BN Tangga Batu.

Zahid turut memuji pendekatan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh dalam menyantuni masyarakat berbilang kaum, menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang tidak membezakan kaum.

“Saya tahu Rauf ini sangat ‘color blind’ … menyantuni seluruh masyarakat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pengundi Cina memberikan peluang kepada Ab Rauf dan calon BN untuk memperoleh mandat semula pada PRN kali ini, selain meminta pengundi turut mempertimbangkan mengundi calon Perikatan Nasional (PN). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.