`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Tuesday, November 10, 2026

BN sasar rampas sekurang-kurangnya 1 kerusi majoriti Cina

 Ab Rauf Yusoh yakin sokongan masyarakat Cina terhadap MCA semakin pulih dan berharap parti itu mampu memenangi dua atau tiga daripada empat kerusi ditandinginya.

Ab Rauf Yusoh pada majlis makan malam bersama NGO-NGO Masyarakat Cina Negeri Melaka anjuran MCA.
MELAKA:
Barisan Nasional (BN) menyasarkan merampas sekurang-kurangnya satu kerusi majoriti Cina yang kini dikuasai DAP pada PRN Melaka, dengan harapan MCA mampu memenangi dua atau tiga daripada empat kerusi ditandinginya.

Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh berkata walaupun berharap dapat memenangi kesemua empat kerusi ditandingi MCA, gabungan itu meletakkan sasaran lebih realistik untuk menang dua atau tiga kerusi.

“Saya begitu yakin MCA telah mendapat kepercayaan menaungi masyarakat Cina di Melaka ini,” katanya selepas majlis makan malam bersama NGO-NGO Masyarakat Cina Negeri Melaka anjuran MCA, yang turut dihadiri Presidennya Wee Ka Siong, malam ini.

MCA bertanding di DUN Machap Jaya dan Kelebang yang disandangnya sebelum ini selain mencabar DAP di Bandar Hilir serta Kota Laksamana.

Pada PRN 2021, DAP mempertahankan Bandar Hilir menerusi Leng Chau Yen dengan majoriti 7,778 undi, manakala Low Chee Leong mengekalkan Kota Laksamana dengan majoriti 11,494 undi.

MCA mempertaruhkan Jasmine Lok Huey Yee di Bandar Hilir, manakala Melvin Chua Kew Wei berdepan Low di Kota Laksamana.

Mengulas kempen BN, Ab Rauf berkata gabungan itu lebih menumpukan usaha meyakinkan pengundi supaya terus memberikan mandat berdasarkan khidmat dan kerja yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

“Kita tidak berkempen sewaktu pilihan raya kerana kita telah buat kerja kempen pilihan raya dua tahun dulu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.