`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Tuesday, November 10, 2026

Khidmat Kamaruddin sebagai exco Kelantan dibincang Rabu

 Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan berkata keputusan berhubung perkara itu akan dimaklum Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud selepas mesyuarat.

kamaruddin md nor
Pengerusi Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Nor sebelum ini berkata beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan negeri susulan khabar angin mengenai penamatan khidmatnya sebagai exco. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kerajaan Kelantan akan membincangkan kedudukan Pengerusi Bersatu negeri Kamaruddin Md Nor sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dalam mesyuarat Rabu ini.

Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan, berkata keputusan berhubung perkara itu akan dimaklumkan Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud selepas mesyuarat berkenaan.

“Tunggu mesyuarat exco Rabu nanti. Menteri besar akan maklumkan dan kita akan bincangkan.

“Keputusan akhirnya Rabu nanti,” katanya kepada FMT.

Fadzli berkata demikian mengulas khabar angin bahawa kerajaan negeri mahu menamatkan khidmat Kamaruddin sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio pelancongan, kebudayaan, seni dan warisan.

Terdahulu, Kamaruddin berkata beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Kamaruddin yang juga Adun Ayer Lanas berkhidmat sebagai exco negeri sejak Ogos 2023.

Kamaruddin sudah menerajui Bersatu selama 10 tahun.

Khabar angin itu timbul ketika kemelut politik antara PAS dan Bersatu berterusan, susulan keretakan kerjasama politik antara kedua-duanya.

Pada 8 Jun lalu, PAS mengumumkan keputusan untuk menamatkan semua kerjasama politik dengan Bersatu susulan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.