Yang berikut adalah sedikit nukilan oleh sahabat saya Dr Rosli Khan mengenai pemimpin-pemimpin tua yang sudah lapuk dan hampiri reput tetapi masih tidak mahu lepaskan kuasa.
Saya telah singkatkan dan terjemahkan artikel ini dalam bahasa Melayu.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2026/11/08/time-for-the-old-guard-to-let-go
Petikan daripada karya Plato yang bertajuk Republic berbunyi:
“Cephalus yang sudah tua berkata kepada Socrates yang lebih muda: ‘Orang-orang tua yang sebaya dengan saya sering berkumpul bersama. Dalam pertemuan kami, perkara yang sering saya dengar ialah: Saya sudah tidak mampu makan, saya sudah tidak mampu minum, segala keseronokan zaman muda dan percintaan telah berlalu. Dahulu pernah wujud zaman yang indah, tetapi kini semuanya telah berlalu dan kehidupan itu bukan lagi milik kami.’”
Demikianlah proses jadi tua. Mungkin terdapat satu pengajaran dalam petikan ini untuk ahli politik yang sudah terlalu lama dalam arena politik, Sudah tiba masanya mereka berundur.
Pemimpin politik kita menghadapi kesukaran untuk menyedari bilakah masanya untuk berundur daripada politik.
Hadi Awang dan ramai ahli politik generasi tua sepatutnya mempertimbangkan secara serius untuk bersara daripada politik.
Mereka semakin terpisah daripada realiti kehidupan dan aspirasi rakyat Malaysia biasa.
Bahasa politik, hujah dan keutamaan mereka masih berteraskan pemikiran zaman dahulu.
Retorik mereka tidak banyak membantu meningkatkan mutu wacana politik negara.
Malaysia sedang berubah dengan pantas.
Masalah yang dihadapi oleh sesetengah pemimpin politik yang semakin berusia ialah mereka masih bertarung dalam pertempuran politik silam, bukannya menangani cabaran masa kini.
Rakyat Malaysia kini mengambil berat isu pekerjaan, perumahan, kadar upah, pendidikan, teknologi, AI, peningkatan kos sara hidup.
Mereka mahukan penyelesaian yang praktikal serta peluang ekonomi yang lebih baik.
Namun, perbincangan politik pemimpin-pemimpin ini masih terperangkap dalam persengketaan lama, politik identiti, perdebatan agama dan pertelingkahan tanpa berkesudahan siapa yang bakal jadi PM.
Sampai bilakah rakyat Malaysia perlu terus mendengar personaliti politik yang sama dengan hujah-hujah politik yang tidak berubah?
Hadi, Muhyiddin, Zahid dan Rais sepatutnya meninggalkan arena politik.
Kepimpinan politik bukanlah hak untuk sepanjang hayat.
Terdapat perbezaan antara berkhidmat untuk negara dengan gila kuasa.
Parti politik tidak sepatutnya menjadi hak milik peribadi.
Jawatan kepimpinan juga bukan pelantikan kekal.
Tiada seorang pun pemimpin begitu penting sehingga parti tidak boleh bergerak tanpanya.
Kelemahan politik Malaysia
Antara kelemahan terbesar politik Malaysia ialah keengganan untuk mempersiapkan pemimpin generasi muda.
Pemimpin-pemimpin lama menguasai parti, menentukan calon pilihan raya dan mengawal naratif politik.
Pemimpin yang sama terus menduduki jawatan tertinggi parti dalam setiap pilihan raya.
Akibatnya, parti politik didominasi ahli politik yang semakin berusia.
PAS, Bersatu dan UMNO merupakan contoh yang jelas.
Mereka hanya melindungi dan mempertahankan kepentingan masing-masing.
My Comments:
Simbolik – mewakili seseorang tokoh atau individu yang sudah mati.
Upacara tradisional – digunakan dalam ritual atau adat tertentu untuk mengenang orang yang sudah mati.
Peringatan – patung yang dibuat untuk memperingati seseorang yang sudah mati.
Inilah antara cara mereka mengenang orang yang sudah pun mati.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.