`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Tuesday, November 10, 2026

Ketua Bersatu Kelantan terima surat penamatan jawatan exco

 Perkembangan itu menyusul ketika kemelut politik antara PAS dan Bersatu berterusan, susulan keretakan kerjasama politik antara parti komponen PN itu.

Datuk Kamaruddin Md Noor
Kamarudin Nor enggan mendedahkan kandungan surat berkenaan dan akan mengulasnya pada sidang media esok. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor mengesahkan menerima surat penamatan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) hari ini.

Bagaimanapun, Adun Ayer Lanas itu yang menerajui portfolio pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan enggan mendedahkan kandungan surat berkenaan buat masa ini, lapor Berita Harian.

“Saya akan bercakap mengenai perkara itu pada sidang media esok,” katanya.

Khabar angin kerajaan negeri mahu menamatkan khidmat Kamarudin sebagai exco bertiup kencang sejak semalam.

Perkembangan itu menyusul ketika kemelut politik antara PAS dan Bersatu berterusan, susulan keretakan kerjasama politik antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Pada 8 Jun lalu, PAS mengumumkan keputusan untuk menamatkan semua kerjasama politik dengan Bersatu.

Kamarudin yang juga Adun Ayer Lanas berkhidmat sebagai exco negeri sejak Ogos 2023.

Berita Harian turut melaporkan Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud akan mengadakan sidang media khas berhubung perkara itu esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.