`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Thursday, November 12, 2026

Zahid percaya kemelut akan selesai di sebalik persoalan tentang sidang DUN NS

 Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata Umno dan menteri besar sedang berusaha menyelesaikan kemelut menjelang pembentangan belanjawan yang dijadualkan pada 27 November.

AHMAD ZAHID HAMIDI
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata beliau percaya kemelut di Negeri Sembilan akan selesai dalam masa terdekat.
TANGGA BATU:
Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi percaya kemelut di Negeri Sembilan akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, ketika timbul persoalan mengenai sidang DUN yang dijadualkan pada 26 November.

Zahid yang juga presiden Umno berkata partinya sedang berusaha menyelesaikan kemelut itu, bersama Menteri Besar Ismail yang dilaporkan berusaha mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi merasmikan persidangan.

Belanjawan Negeri Sembilan dijadualkan dibentang pada 27 Nov, menurut laporan.

“Saya yakin bahawa jika kita mencari jalan penyelesaian maka kita akan bertemu dengan titik pertemuan dan kebersamaan untuk kita menjadikan Negeri Sembilan itu ditadbir dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas ceramah Barisan Nasional-Perikatan Nasional sempena PRN Melaka.

Terdahulu, Zahid berkata beliau percaya kemelut di Negeri Sembilan akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dalam ucapannya kepada hadirin.

BN-PN akan lepasi jambatan bina ‘rumah baharu’

Zahid turut membayangkan BN dan PN akan melepasi suatu tahap dalam hubungan mereka berikutan kerjasama dalam PRN Melaka.

Beliau mengimbau kerjasama yang pernah terjalin antara Umno dan PAS, dan berkata perbezaan politik perlu diketepikan bagi membolehkan kerjasama direalisasikan.

“Kita akan melepasi jambatan untuk kita membina rumah baharu di peringkat nasional,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.