`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Thursday, November 12, 2026

Jatuh kolam kumbahan, suami isteri maut berpelukan

 Mangsa lelaki terlebih dulu terjatuh sebelum isterinya cuba membantu namun turut jatuh.

garisan polis
Ketua Polis Papar, Heryan Mohd Tahir, berkata kematrian pasangan warga Indonesia diklasifikasikan mati mengejut.
PETALING JAYA:
Suami isteri maut dalam keadaan berpelukan dipercayai jatuh dalam kolam kumbahan ternakan babi di Kampung Kawari, Papar.

Mayat mangsa warga asing itu dilaporkan ditemui sekitar 11.56 pagi tadi, selepas lelaki berkenaan terlebih dulu tergelincir dalam kolam kumbahan ternakan babi tersebut, sebelum isterinya cuba membantu, namun turut jatuh.

Ketua Polis Papar, Heryan Mohd Tahir, berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Papar bersama bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta membantu mengeluarkan mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa adalah pasangan suami isteri warga Indonesia yang bekerja di kandang ternakan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa lelaki dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam kolam kumbahan, manakala isterinya dipercayai cuba membantu tetapi turut terjatuh,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, semua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang petunjuk berlakunya unsur jenayah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.