Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 151 orang di sebuah PPS berbanding 135 orang semalam.

Di Selangor, jumlah mangsa banjir masih berada di PPS menurun kepada 819 orang daripada 228 keluarga pagi ini berbanding 1,158 orang daripada 324 keluarga semalam.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), enam PPS masih beroperasi di negeri itu, dengan lima daripadanya di daerah Kuala Selangor dan satu di Kuala Langat.
Lima PPS di Kuala Selangor ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela yang menempatkan 348 mangsa, Sekolah Rendah Agama (SRA) Pasangan (157), SK Parit Mahang (144), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (108) dan Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (46).
Sementara itu, PPS Balai Raya Kampung Sungai Kelambu di Kuala Langat menempatkan 16 mangsa.
Di Perak, jumlah mangsa banjir masih berlindung di tiga PPS di tiga daerah menurun kepada 211 orang daripada 63 keluarga pagi ini, berbanding 255 orang daripada 73 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan daerah Kerian pulih sepenuhnya daripada bencana banjir, apabila PPS SK Bukit Merah yang turut menempatkan mangsa tanah runtuh ditutup 9 malam tadi.
Di Manjung, PPS SRA Rakyat Padang Serai menempatkan 127 mangsa daripada 37 keluarga, manakala PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di Hilir Perak menempatkan 74 mangsa daripada 22 keluarga.
Jumlah mangsa banjir di Larut, Matang dan Selama pula kekal 10 orang daripada empat keluarga yang berlindung di PPS SK Batu Hampar.
Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah, Kerian di tahap bahaya dengan bacaan 9.18m berbanding paras normal 8.68m.
Jabatan Meteorologi pula meramalkan hujan pada sebelah petang di semua daerah Perak.
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus meningkat kepada 151 orang daripada 42 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 135 orang daripada 43 keluarga petang semalam.
Portal Public InfoBanjir melaporkan paras air di stesen Kampung Bukit (F1), Setiu di tahap waspada selepas melepasi paras 10.5m susulan hujan lebat malam tadi. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.