Yup.
Jangan jatuh sakit geng. Jangan sesekali.
Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
Takde duit untuk ubat-ubatan. Tapi ada duit untuk rebet telefon?
Contoh. Gaji rm1,000 sebulan.
Kena bayar internet rm89 sebulan.
Bil elektrik 70 sebulan.
Bil air 20 dua bulan. [kalau dok selangor sah2 free, demm]
Bayar hutang orang sana sini, kereta, motor, etc2, rm500 sebulan.
Baki bayar kos minyak dan perbelanjaan am. Anggaran rm300 sebulan.
Agak2 ko, dengan keadaan yang begitu tersepit dan terhimpit neh adakah individu di atas akan BANGANG2 dermakan rm500 untuk beli tiket konsert sebab dia minat BigBag? Of course not. Dia bukan begitu bodoh sampai sanggup tak makan demi bigbag. Nak taknak terpaksa la dia tak pergi ke konsert, layan percuma depan tv la kalau ada suatu hari nanti.
Bagaimana pula kalau individu di atas neh bertukar menjadi mana2 pemimpin bn? Apakah langkah yang mereka akan amek? Langkah2 yang diambil oleh bn ialah ;
Bagi rebet telefon berjuta2.
Potong subsidi gula sebab nak kurangkan pesakit diabetes.
Disablekan pemberian ubat-ubatan percuma sebab kos semakin tinggi.
Ini ialah langkah2 yang pemimpin haprak dari bn amek. Kalau aku jadi pemimpin bn instead of rebet telefon baik aku salurkan duit tersebut untuk pembayaran ubat-ubatan bagi memastikan ia kekal murah dan percuma untuk kebajikan rakyat jelata. Betul tak?
Tapi masalahnya dekat sini ialah aku bukan pemimpin bn. Bahkan takan jadi mana2 pemimpin sekalipun. Aku belum lagi berhasrat nak letakkan kedua2 belah kaki kat alam neraka. Sekarang dah sebelah kaki, separuh badan. Pemikiran aku ialah, jadi pemimpin di dunia ini, di zaman sekarang umpama ko meletakkan diri ko di alam neraka. Tinggal lagi macam mana ko nak berambos dari alam neraka je.
Dan melibatkan diri dalam politik pula seumpama ko telah meletakkan separuh dari diri ko di alam neraka. Tinggal lagi macam mana ko nak heret badan ko berambos keluar dari neraka jek. Itu persepsi aku. Ia terlalu sukar nak katakan bahawa dunia yang aku terlibat neh adalah begitu bagus kerana aku jumpa begitu banyak yang tak bagus dari bagus akibat sikap sesetengah orang itu sendiri yang mencemarkan insitusi kepolitikkan.
Apa yang aku merepek neh hah? Macam gampang jek. Abaikan.
kah kah kah
Sambung balik bab pemahsuhan kos ubat-ubatan yang akan dilaksanakan oleh bn. Harus diingat ia hanyalah di peringkat cadangan. Mungkin ia dah diluluskan untuk dilaksanakan. Tetapi ia belum lagi dilaksanakan. So masa untuk kita protes dan bantah masih ada.
Harus juga bn fikirkan ;
1. Orang tua dan orang2 miskin. Bagi kita setakat rm20-30 apa la sangat. Tapi bagi mereka dengan rm20,30 tue la mereka bergantung hidup oke. Bukan seme anak2 mampu jaga orang tua mereka. Atas sebab2 tertentu orang2 tua ini juga perlukan duit untuk tanggung kehidupan mereka. Same goes to orang2 miskin.
2. Keluarga yang ada anak ramai2. Yeah. Kita boleh cakap dah tahu miskin kenapa beranak? Kita letakkan diri kita seolah2 seme mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan seperti kita. Aku dulu ada pemikiran yang sama sebijik serupa. Siyes.
Tetapi bila dah masuk kampung2, dengar, bergaul akhirnya aku tampar diri aku balik. Bullshit dowh. Aku tak sepatutnya ada pemikiran seperti itu. Bagi orang miskin, anak merupakan kebahagian setelah takde duit. Bahkan ada yang miskin secara tiba2 akibat kematian ketua keluarga, individu yang berperanan mencari rezeki. Ada yang berlaku perceraian. Ada yang hilang. Ada yang sakit. Ada macam2 punca yang menyebabkan mereka tetiba miskin. Bukan suka2 nak miskin.
Itu tak masuk lagi bab yang tatau merancang keluarga. Mereka bukan semuanya tahu. Kita boleh marah, kutuk, sindir, sinis dan perli tetapi selagi kita tatau punca, cakap2 kita akan di anggap menghina mereka jek.
3. Keluarga yang ada pesakit kronik. Penyakit berulangan. Yup. Kita boleh cakap alah setakat demam pun lue nak hadap kerajaan ka? Owh oke. Bagaimana pula kalau bukan setakat demam sahaja? Bagaimana pula dengan ubat-ubatan untuk bayi? Bagaimana pula dengan orang tua? Apakah akan ada farmasi built-in dalam hospital kerajaan yang mana dimiliki oleh swasta ataupun mereka kena keluar mencari farmasi pula?
4. Itu tak masuk lagi bab family yang banyak tanggungan. Apakah akan ada family yang hanya akan berubat di awal bulan sebab takde duit nak bayar ubat jika anak2 sakit di tengah bulan? Bagaimana jika anak2 yang sakit lebih dari seorang?
Ada banyak perkara yang perlu kerajaan fikirkan. Jangan laksanakan polisi ini. Masyarakat kita bukan tak boleh bebas dari kepompong kemiskinan, boleh tetapi kena ada polisi dan pelan yang menyeluruh. Pelan yang mana effectnya dirasai oleh semua peringkat bukan hanya sebilangan mereka yang kabel bn jek beb.
Ini aku cakap betul2 dengan bien. Aku cuba TIDAK cakap dorang BODOH dalam beberapa minit mendatang neh. Aku nak try cakap baik2.
Mohon bn fahami ;
Di malaysia ada banyak jabatan kerajaan yang mana kerja mereka bertindih antara satu sama lagi. Agensi kerajaan bersepah tetapi pelaksanaan tak sampai ke golongan sasaran.
Agensi tue, agensi neh, pelbagai agensi, tetapi fungsi sama. Ini melibatkan pembaziran dana kerajaan kerana penggunaan tenaga kerja yang boleh di anggap sebagai tidak effisen.
Yang neh kerajaan atasi, ia dapat jimatkan banyak kos. Lepas tue cuba tengok balik majlis2 kerajaan. Yang mana tidak perlu dan disifatkan tah hapa2 jangan diteruskan langsung.
Analisa juga cara sesetengah kakitangan kerajaan/ketua/pemimpin berbelanja wang peruntukkan. Adakah ia benar2 telus ataupun wang terbazir begitu sahaja?
Ubah ini. Jangan sikit2 ada masalah campak ke rakyat.
Walaupun rakyat semakin meningkat di malaysia dan menyebabkan perbelanjaan kerajaan turut meningkat namun dalam masa yang sama effect positivenya ada. Rakyat meningkat = jumlah kutipan cukai juga meningkat. So sekarang garisan linear bukan turun naik tetapi senada jek.
Yang turun naik ialah wang masuk dan keluar je. Jika kerajaan gagal berbelanja dengan cekap, rakyat jelata akan jadi mangsa keadaan. Bila rakyat jelata jadi mangsa keadaan kita pasti akan memberontak. Sebab tue wujud demo sana sini. Jangan disalahkan demo itu sebaliknya salahkan diri sendiri, di mana silap aku sehingga rakyat melawan? Fikir oke, fikir.
#KL112 jangan lupa.
Bai.
- ameno world
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.