`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 4, 2013

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat Disabotaj


KUALA LUMPUR 4 Jan: Cemas sejuta rakyat membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR 112) punca pihak tertentu melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato’ Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.

“Ini pasti kerja orang yang takut menjelangnya hari kebangkitan rakyat. Sedikitpun kita tak lemah,” kata Anggota Jawatankuasa HKR 112, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sambil menyifatkan ia tindakan panik pihak terdesak.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, pihaknya mengesan kejadian itu pagi tadi semasa membuat pemeriksaan ke dewan tersebut untuk persiapan Ceramah Mobilisasi HKR yang akan diadakan di sana malam ini.

Menjelang HKR di Stadium Merdeka, SAMM menganjurkan Jelajah Anak Muda Menuju #KL112- 1 juta rakyat di seluruh negara, bermula 26 Disember lalu.

“Program ‘countdown’ menuju hari bersejarah 12 Januari akan tetap berlangsung malam nanti,” tegasnya.

Pada malam ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan van bergerak yang disediakan SAMM untuk memperhebatkan mobilisasi menjelang himpunan itu.

“Van itu akan bergerak tanpa henti ke segenap Lembah Klang sebagai kempen kita untuk menjayakan HKR,” kata Chegu Bard.

Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi 12 Jan’ akan dibentangkan.

Rakyat diberi pilihan memakai baju kuning sempena tuntutan pilihan raya adil dan bersih, merah sebagai tanda ‘Royalti’, hijau pula untuk ‘Lynas’ dan oren sebagai membantah penyenaraian FGVH.

Pengarah HKR, Mohamad Sabu turut memaklumkan, himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu.KD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.