`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 5, 2013

SPRM WAJIB SIASAT PROJEK CD KPDNKK.




Saudara Pengarang,

PROJEK Community Drumming (CD) adalah projek yang dikelolakan oleh KPDNKK menerusi Majlis Harga Barang Negara (MHBN) telah dijalankan di Sabah sejak tahun 2009 lagi.

Kini Projek ini telah merangkumi hampir seluruh negeri Sabah; walaupun pada asalnya hanya bagi penduduk di luar bandar yang susah dan mahal bagi mereka untuk mendapatkan Petrol dan Diesel.
Projek ini adalah bagi memberi 'Political Mileage' kepada Ahli Parlimen dan Adun Barisan Nasional di Sabah seterusnya menjadikan negeri ini sebagai Fixed Deposit untuk BN pada PRU 13 nanti.

Namun wujud pihak yang sudah sedia lebih awal lagi yang menggunakan CD sebagai senjata mensabotaj rakan di dalam BN bagi mengumpulkan kekayaan sendiri.

Rantaian kumpulan ini amat kuat di KPDNKK kerana penglibatan dari peringkat tertinggi kementerian melalui pejabat menteri, seterusnya ke Pejabat KPDNKK.

Sabah yang diorkestrakan oleh bukan Pengarah Negeri, tetapi oleh seorang wanita yang cukup licik yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan yang telah dapat memujuk Pengarah Negeri yang baru untuk turut serta dalam komplot membolot projek CD ini bagi tahun 2013.

Kisah ini seakan 'Triangle Of Love' di mana ketiga-tiga pihak ini ada kaitan sesama sendiri. Adakah ini satu teori konspirasi atau memang satu hakikat sebenar?

Bagi merungkai kisah seterusnya, kami telah menyiasat dengan lebih lanjut dari dalam KPDNKK Sabah sendiri.

Sebelum itu satu persoalan yang memang semua ingin tahu, apa itu CD dan mengapa CD sedangkan ada projek lain seperti barangan perlu dan LPG?

Jawapannya mudah. Projek ini sudah masuk tahun keempat namun masih belum ada tatacara pengendalian projek dari pihak atasan dan margin keuntungan yang terlalu tinggi disebabkan tiada tatacara pengendalian projek dan menjurus kepada tiada asas kos pengiraan dan projek yang diperkenalkan sebagai projek perintis pada mulanya sepatutnya menjadi polisi atau dasar selepas 3 tahun.

Secara ringkasnya, CD ialah projek yang ditawarkan oleh KPDNKK kepada kontraktor, khususnya kontraktor tempatatan yang memang asal dari tempat tersebut bagi menghantar petrol dan diesel kepada penjual atau POS di kawasan tersebut.

Kontraktor ini akan mendapatkan bekalan minyak di 'pump station' dan menghantar kepada POS dengan kadar 10 sen rendah. Kerajaan akan menanggung kos penghantaran dan diskaun 10 sen yang dialami oleh kontraktor kontraktor tersebut. Ia umpama sebuah mini stesen menjual minyak.

Memang ramai yang tertanya-tanya mengapa setiap tahun mesti ada panggilan tender bagi memilih kontraktor yang layak sedangkan kontraktor yang sedia ada atau yang terlebih dahulu terlibat tidak diberi keutamaan. Persoalannya, mengapa harus memberi kepada satu syarikat yang sama sekali baru dalam bidang ini?

Adakah ini tidak meragukan pihak KPDNKK atau dilihat sebagai satu peluang untuk kepentingan diri beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam projek ini?

Namun apa yang paling membingungkan ialah adakah penjimatan wang kerajaan dapat dicapai jika polisi yang mana setiap syarikat hanya layak untuk mengendalikan 1 zon, walaupun sudah dari awal-awal lagi syarikat tersebut telah melabur ratusan ribu ringgit dalam pembangunan dan pengendalian projek ini?

Senario ini ibarat merampas peluang dan hasil usaha seseorang dan memberi terus kepada seseorang yang baru dan juga langsung tidak berpengalaman?

Bukankah ini satu tindakan yang sama sekali bercanggah dengan aspirasi Perdana Menteri agar rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Mungkin YB Menteri boleh memberi satu jawapan yang lebih jelas mengenai hal ini kerana ia sama sekali menidakkan teori utama ekonomi iaitu 'Economies of Scale'.

Jika benar projek ini adalah untuk membangunkan SME bagi penjanaan ekonomi setempat, mengapa kontraktor syarikat minyak juga diberi peluang untuk terlibat seperti kes di Keningau tahun lalu. Persoalan ini diajukan terus kepada 'Puan' Pentadbir Kontrak.

Dalang yang sebenar dalam hal ini ialah dua orang KP Umno di Sabah iaitu KP Batu Sapi dan KP Libaran. KP Libaran beristerikan SUSK Menteri KPDN.

Melalui 'Link' ini mereka telah memanipulasikan keadaan dengan bantuan seorang lagi KP Batu sapi yang mempunyai talian persaudaraan dengan Pengarah Negeri Sabah dan hubungan terus dengan 'Puan' Pentadbir Kontrak melalui sepupunya; yang juga proksi beliau terhadap projek ini.

Bagi menyingkir kontraktor asal, banyak tohmahan dan dakwaan dibuat ke atas syarikat asal; termasuklah laporan rasuah di Pejabat SPRM sehingga ke laporan dari ketua cawangan yang sekongkol dengan kumpulan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat diterima pakai.

Malangnya, tidak ada dakwaan dibuat di mahkamah dan yang paling meragukan ialah mengapa tidak ada surat atau hitam putih dari kementerian yang menyatakan salah laku kontraktor kerana dalam klausa perjanjian kontraktor dengan kerajaan; ada dinyatakan bahawa kerajaan hendaklah memaklumkan kepada kontraktor secara bertulis mengenai apa-apa salah laku dan memberi peluang kepada kontraktor untuk memberi respons mengenai hal tersebut. Logik tidak dapat memberi jawapan kepada sesuatu perkara yang tidak betul.

Apapun ini hanyalah satu andaian atau dakwaan yang harus disiasat SPRM kerana ia melibatkan peluang Kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13.

Cerita ini hanya satu 'Tip of the Iceberg' yang akan kami susulkan sambungannya setelah kami mendapat maklumat yang lebih terkini lagi.

Salam Hormat,

CD BUSTER

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.