`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 11, 2013

85 peratus Cina Johor sudah sokong Pakatan


Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Sokongan pengundi Cina di Johor kini sudah mencecah 85 peratus kepada Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Dengan sokongan ini, PAS berkeyakinan Pakatan Rakyat akan memberikan sekurang-kurangnya 12 kerusi Parlimen di Johor untuk mempastikannya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

"Selepas satu tahun saya gempur Johor, saya yakin Pakatan akan menyumbangkan 12 kerusi Parlimen di Johor," kata Salahudin diikuti dengan tepukan bergemuruh para hadirin di Dewan Fadzil Nor, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) itu.

Salahudin yang berucap selepas diumumkan sebagai calon PAS di Pulai bersama dengan Datuk Husam Musa calon PAS di Putrajaya dan Zamri Asa'ad Khuzaimi calon PAS Titiwangsa.

Menurut Salahudin, dengan hanya 35 peratus sokongan Melayu di Johor dan 75 peratus sokongan Cina, Pakatan akan mendapat kemenangan majoriti mudah dalam DUN Johor.

"Sebab itulah, Datuk Seri Najib lewatkan bubar, kerana dia tahu Johor tidak selamat lagi bagi BN," katanya.

Salahudin juga menjangkakan, Sabah akan menyumbang 15 kerusi parlimen manakala Sarawak 10 kerusi parlimen untuk Pakatan.

"Dengan unjuran ini, kita boleh sampai ke Putrajaya," kata Salahudin disambut takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.