`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 4, 2013

MUNGKINKAH HANG TUAH Vs HANG JEBAT?




Saudara Pengarang,
DUN Sabah telah dibubarkan dengan rasminya kelmarin. Maka bermulalah gendang perang yang akan dipalu daripada hari ini sehingga selesai PRU-13 yang merupakan pertempuran terhebat di abad ini, terutama BN yang akan mempertahankan rekod kemenangan 2008 itu 59-1.

Walaupun tugas untuk mempertahankan rekod berkenaan agak mustahil kerana angin perubahan yang bertiup kencang ke bumi Sabah, negeri di bawah bayu, maka diramalkan peluang BN hanya tinggal 50 : 50.
Alangkah hebatnya jika pada PRU 13 kali ini, para panglima perang semua parti politik di Sabah bertempur dengan musuh ketat mereka bagi mencari 'Juara Segala Juara' di kawasan berkecuali untuk membuktikan bahawa mereka paling layak digelar pemimpin unggul untuk kaum dan parti mereka sendiri.

Malangnya pemimpin yang digelar 'Anak Jantan Sejati' akan tewas di tangan seteru politik mereka sendiri; manakala penyokong pemimpin yang menang akan bertempik sorak merayakan kemenangan.

Lazimnya, kawasan yang dipilih oleh para panglima perang ini bertempur mestilah di kawasan majoriti kaum yang mereka wakili. Sekalipun senarai calon belum diumumkan, namun tidak mustahil jika berlaku pertembungan di kawasan berikut;

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman akan berhadapan dengan Pengerusi PPS Datuk Seri Lajim Ukin di N Petagas, kawasan majoriti Melayu.

Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok akan menentang Pengurusi APS Datuk Seri Wilfred Bumburing di N Inanam kawasan majoriti KDM.

Presiden PBS Datuk Pairin Kitingan pula akan menentang Pengerusi STAR Datuk Dr Jeffery Kitingan di N Moyog, kawasan majoriti KDM.

Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Mo Chai dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee sewajarnya turun gelanggang di N Luyang, kawasan Majoriti Cina.

Dengan adanya pertempuran para panglima ini di kawasan berkecuali, maka sewajarnya rakyat Sabah akan membuat pilihan terbaik, untuk membuktikan siapa yang paling layak digelar pemimpin kerana sejak sekian lama mereka mewakili kawasan selamat.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.