DEDAH.....Peguam Umar Baki mendedahkan skandal tanah SPK Sg Koyah A yang turut menggerhanakan peluang Bung Mokhtar dan Saddi mempertahankan kerusi mereka.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KINABATANGAN : Peguam Kanan, Umar Baki Aliudin yang mewakili firma guamannya iaitu Tetuan Umar Mohammad & Co mendedahkan Kemelut Skim Pekebun Kecil Sungei Koyah A Fasa I-II-III Kinabatangan; kini menjadi isu besar dan bakal menjejaskan kedudukan Calon Parlimen Kinabatangan dan Calon DUN Sukau kerana tidak menepati janji-janji mereka untuk menyelesaikan kes tanah tersebut sehinggalah ke hari ini.
Berikut adalah fakta penting yang dihujahkan Umar untuk diambil tindakan oleh kedua Wakil Rakyat BN berkenaan yang akan menghadapi saingan sengit; risiko kehilangan kerusi jika tidak diselesaikan segera.
Jumlah peserta terlibat seramai 385 orang dengan keluasan keseluruhan 5,637.87 ekar telah dipindah milik melalui dokumen-dokumen yang meragukan dan tidak teratur; malah semua geran tanah telah dibatalkan untuk memberi laluan kepada pembangunan usahasama dengan Syarikat Bagus Maju Sdn Bhd; namun usahasama tersebut tidak menjadi kenyataan.
Geran dikeluarkan pada 1999 iaitu 14 tahun lalu setelah 200 peserta telah bersetuju untuk menyelesaikan melalui rundingan tiga pihak iaitu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU); Syarikat Bagus Maju Sdn Bhd dan peserta 200 orang diwakili oleh 3 Peguam iaitu Razak Hj Jamil, Umar Baki Aliudin dan Adnan Putih.
Dua mesyuarat iaitu pada 07 Januari 2013 dan 06 Februari 2013 telah dipengerusikan Datuk Osman Jamal (Pengarah JTU) dengan kehadiran Juru Ukur Daerah Sandakan; Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kinabatangan; termasuk Datuk Bung Moktar Radin (MP Kinabatangan); Datuk Saddi Abd Rahman (ADUN Sukau), Alvin Kwan (Bagus Maju Sdn Bhd) dan juga Peguam Bagus Maju Sdn Bhd dan beberapa peguam para peserta.
Persetujuan dalam mesyuarat adalah meneruskan usahasama dengan mekanisme yang dipersetujui bersama dalam perjanjian antara syarikat dan peserta.
Tanah para peserta telah dinilai oleh Bahagian Pernilaian Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) pada kadar RM10,000.00 seekar berdasarkan nilai pasaran semasa tanah NT kosong (kerana bukan para peserta yang menanam sawit pada tanah tersebut, tetapi para peneroka haram iaitu sejumlah RM56,378,700.
Dalam mesyuarat tersebut, Peguam Bagus Maju Sdn Bhd menyarankan agar pihak kami mengemukakan cadangan bertulis berhubung mekanisme usahasama atau cadangan-cadangan lain jika ada.
Pada mesyuarat 06 Februari 2013 dibangkitkan juga kesemua 385 peserta bergabung dalam satu koperasi sebagai salah satu kaedah usahama.
Dalam mesyuarat ditetapkan Pengarah, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Saddi Abd Rahman dan peguam peserta akan diberi taklimat kepada peserta pada 18 Februari 2013 berhubung status terkini Skim Pekebun Kecil (SPK) Koyah A.
Pada taklimat 18 Februari 2013 tersebut, Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Saddi Abd Rahman telah berjanji akan memastikan penyelesaian muktamad masalah SPK Koyah A sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 ini.
Pihak kami telah menghantar cadangan bertulis kepada Tetuan Chu, Adnan & Radzi (Peguam Bagus Maju S/B) pada 25 Februari 2013 iaitu;
a) 1,925 ekar tanah SPK Koyah A diberikan kepada Koperasi yang akan dianggotai oleh seramai 385 peserta (5 ekar seorang)
b) Baki 3,712.87 ekar pada nilai RM37,128,700.00 (RM10,000 seekar) ditawarkan kepada Syarikat Bagu Maju Sdn Bhd dengan syarat bayaran pampasan RM37,128,700.00 tersebut akan dibahagi sama rata di kalangan 385 peserta; namun sehingga kini kami tidak pernah menerima maklum balas daripada Bagus Maju S/B atau peguamnya walaupun surat peringatan telah kami serahkan pada 26 Mac 2013.
Pada 12 April 2013, kami telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) antara lain agar beliau (Osman) menggunakan kuasa di bawah ordinan Tanah Sabah untuk menentukan penyelesaian SPK Koyah A kerana status terkini tanah tersebut adalah tanah kerajaan.
Kami juga meminta agar dipanggil satu mesyuarat khas untuk membicangkan cadangan-cadangan kami untuk kepentingan para peserta.
Cadangan kami tentang semua peserta bergabung di bawah koperasi adalah bermatlamat kepentingan dan kemajuan jangka panjang peserta .
Kami tidak mahu Skandal Sekong Plantation berulang di mana tanah Skim Pekebun Kecil (SPK) kini telah menjadi milik 100% Syarikat Dataran Indah Jaya Sdn Bhd.
Pihak kami kini dihujani SMS dan panggilan dari peserta berhubung janji yang dibuat oleh Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Saddi Abd Rahman untuk menyelesaikan kes ini sebelum PRU 13.
Tidak kurang juga maki hamun para peserta yang marah. Apapun kini kami serahkan kepada kedua-dua calon BN ini untuk menjawab keresahan ini dan pengundi mereka.
Banyak juga pihak yang tidak tahu sejarah SPK Koyah A dan aspek undang-undang yang berkaitan memberi maklum balas dan komen-komen yang tidak membina dan memberi gambaran negatif seolah-olah pihak kami telah 'DIBELI' oleh Syarikat Bagus maju Sdn Bhd dan pihak lain yang berkepentingan.
Saya telah mengkaji kes ini selama 3 tahun di lapangan dan kes-kes yang telah diputuskan mahkamah dan membuat kesimpulan bahawa rundingan dengan kerajaan yang berwibawa adalah jalan terbaik.
Bagaimanapun, amat menggalakkan dan mencabar pihak yang berapi-api memfirnah kami untuk membawa kes ini ke mahkamah. Jangan hanya sibuk membebankan para peserta yang sudahpun bermasalah dengan bayaran-bayaran pengurusan yang telahpun mencecah ratusan ribu ringgit.
Semasa sesi temubual oleh Sabahkini.Net, Umar turut menjelaskan sekiranya Bung Mokhtar dan Saddi tidak mengambil tindakan untuk membantu menyelesaikan kemelut tanah ini, maka mereka akan kehilangan 385 undi.
Tambahan pula dicampur dengan pemilik Tanah Koyah yang kes ini telah dikendalikan oleh Tetuan Aisha Ahmad & Co yang mempunyai 400 peserta jadi bermakna Sadi dan Mokhtar bakal kehilangan undi 400 dengan 385 menjadikan jumlah semuanya 785 undi.
"Saya tidak bergurau. Pastinya kedua-dua calon tersebut mungkin tewas di tangan PKR dan PAS kerana Mokhtar dan Saddi tidak langsung mempedulikan rayuan pengundi mereka.
"Saya juga merayu kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah agar memberi amaran keras kepada kedua calon kerana tidak ada satupun janji yang mereka buat ditepati,” tegas Omar lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.