Anak panah bertanda oren menunjukkan adalah No Siri Yang Sama [ditutup untuk keselamatan informer].
No Siri Telah Ditulis pada :-
1) Sampul Surat Pengundian Parlimen Dan Negeri (Merah Jambu dan Putih)
2) Borang 2 Parlimen Dan Negeri (Merah Jambu dan Putih, Ada tertera Nama dan No IC Pada Borang 2)
3) Kertas Undi Parlimen dan Negeri
Adilkah bagi kami untuk mengundi?
Di mana rahsianya undi tersebut….?
Menurut petugas SPR yang mengirim maklumat itu, beliau serba salah untuk memangkah Pakatan Rakyat disebabkan kemungkinan akan dikenakan tindakan atau dilabelkan sebagai menyokong pembangkang.
Jadi apa pilihan beliau?
Jika pangkah Pakatan Rakyat, kemungkinan besar beliau ditendang untuk tugas-tugas yang tak memungkinkan dia memantau kerja menipu undi semasa PRU nanti.
Adakah dia tak perlu undi or buat undi rosak atau beri satu undi kepada Barisan Nasional (BN)?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.