`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, August 31, 2013

71 ORANG NELAYAN TERIMA LESEN BOT



UNTUK mempertingkatan ekonomi dalam aspek penangkapan ikan sebagai sumber mata pencarian harian dengan itu, seramai 71 penduduk Kampung Pangkalan Bukit Garam di sini menerima lesen bot nelayan bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang disediakan kerajaan.




Majlis disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Masiung Bannah di kampung itu hari ini.
Dalam ucapannya, Masiung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamat antara lain menasihatkan penerima perlu menjaga dan menggunakan lesen itu dengan sebaik-baiknya dalam usaha mengubah sosioekonomi keluarga masing-masing.
Beliau juga mengingatkan mereka agar tidak mengambil jalan mudah bagi memperoleh wang dengan menyewakan lesen itu kepada orang lain.
Seorang penerima, Basrah Annas, 86, berkata lesen itu membolehkan beliau menerima bantuan yang disediakan untuk golongan nelayan, dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin, khususnya membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.