`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 12, 2014

KETUM LAGI: Penyalahgunaan Kuasa



Laporan polis dan SPRM terhadap Mohd Ali Rustam, Bekas Ketua Menteri yang menyalahgunakan kedudukan dan melakukan amalan rasuah memang bersepah. Ali dikatakan merupakan salah seorang yang dikatakan terlibat politik wang dalam pertandingan Naib Presiden UMNO, tetapi beliau diselamatkan dengan menutup segera kes tersebut oleh Najib kerana beliau tidak mengugat sesiapa, tidak seperti apa yang berlaku ke atas Isa Samad yang mendapat undi tertinggi, tetapi disebabkan komplot yang dirancang oleh Khairy, maka Isa dikorbankan.

Ali pernah didapati membazirkan duit rakyat sebanyak RM250,000 setiap tahun dengan memberi setiap ADUN [termasuk Exco] RM13,000.00 untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari perayaan lainnya. Ini adalah wang rakyat, wang saudara-saudara, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana ia dibelanjakan untuk tujuan politik. Sepatutnya kos makanan dan minuman ADUN dan Exco yang mengeluarkannya, tetapi sebaliknya bukanlah keluar dari kocek mereka, tetapi daripada wang rakyat sendiri.



Kita mulakan dengan Laporan Ketua Audit Negara yg dimana xde siapa bleh pertikaikan lagi..




Ali Ketum pernaah menyelewengkan duit Yayasan Melaka berjumlah RM1.2 juta. Mendapat perolehan sebanyak RM640,000 tanpa tender terbuka dan membuat perolehan tanpa sebut harga sebanyak RM254,000.00.

Tahukah korang Ali pernah belanjakan duit rakyat (ada dalam rekod LKAN 1997-1998) 600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800, 500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box @ RM175 each berjumlah RM87,500 cetak brochure untuk Auditorium RM24,210, 4,000 naskah buletin Yayasan RM25,210, beli 200 helai tudung sutera RM14,000, 25 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750, Floor Mat untuk bilik tandas RM11,000, 27 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,550, 58 helai blazer@RM676 sehelai RM39,234, 10 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,500, 2 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040, menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000???? Diadapati semua tu menyalahi Peraturan Kewangan dengan tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender, atau senang cerita belanja wang bajet atas kegunaan peribadi dan urusan tidak rasmi.

Zaman pemerintahaan Ali Ketum di Melaka menyaksikan banyak projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat. Antaranya Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta. Selain itu Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta, Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta, Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta, Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta, Satu unit tandas sebanyak RM 125,000/-, Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta, Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki, Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara, Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.

Ali Ketum juga telah menggunakan wang rakyat untuk peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibilti menyebabkan banyak penyelewengan berlaku. Antaranya DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkera masing-masing diberikan RM 50,000 manakala DUN Duyong memperolehi RM 150,000/-. 

Cara ia dibelanjakan sungguh tidak bertanggungjawab sekali contohnya: 

a) DUN Tengkera sebanyak RM 50,000RM 26,400 untuk pergi melancong dan melawat, termasuk ke negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS ataupun lebih 50% daripada peruntukan tahunan; danJamuan makan dan kenduri sebanyak RM 6,000/-.

b) DUN Bandar Hilir sebanyak RM 50,000Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000; dan Membeli 11 pasang lounge suit ahli Persatuan Angkat Berat sebanyak RM 6,160 atau RM 560 sepaang dari peruntukan DUN Bandar Hilir 

c) DUN Durian Daun sebanyak RM 50,000Membiayai aktiviti kumpulan tarian dan kebudayaan MCA Melaka yang diterima oleh Encik Chong Yong Keong sebanyak RM 2,000/- dari DUN Durian Daun; danMembekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000 

d) DUN Duyong sebanyak RM 150,00010 pasang lounge suits untuk ahli atlet Persatuan Angkat Berat Negeri Melaka sebanyak RM 5,600/- atau RM 560 sepasang;55 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 2,200/-; danRM 37,000 untuk makan angin di Sarawak.

Pada tahun 2000, RM 1,770 dibelanjakan dari peruntukan DUN Duyong untuk membeli telefon bimbit untuk pejabat ADUN Duyong pada masa itu. Jelas sekali penyalahgunaan sedemikian amat ketara sekali sehingga membeli hamper, makan angin, jamuan makan, telefon bimbit untuk kepentingan pejabat peribadi dan juga untuk tujuan politik MCA. Apa faedah kepada rakyat?

Berjuta-juta ringgit digunakan untuk elaun dan tuntutan Ketua Menteri, Ahli EXCO dan ADUN setiap tahun. YAB Ketua Menteri mendapat elaun bulanan RM 6,750 daripada menghadiri mesyuarat dan subsidi perbelanjaan Hari Raya adalah mengikuti perbelanjaan sebenar yang boleh sampai RM 50,050 pada tahun 2000. Speaker dan Ahli-ahli EXCO menerima subsidi perbelanjaan hari perayaan masaing-masing RM 10,000 setiap orang, dan untuk ADUN BN sahaja RM 5,000 setiap orang.

Malah subsidi hari perayaan setiap tahun hampir RM 250,000/- membazirkan wang rakyat tanpa memberikan sebarang faedah, kecuali membolehkan setiap ahli EXCO dan ADUN BN untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut Hari Raya masing-masing secara percuma. Memandangkan ia adalah wang rakyat, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana membolehkan ia dibelanjakan untuk tujuan politik BN. Rumah terbuka yang diadakan oleh ADUN BN adalah wang rakyat

Disamping itu, tuntutan elaun perjalanan oleh ADUN-ADUN Melaka. Contohnya menurut jawapan rasmi dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka oleh YAB pada 4hb April 2001, ADUN Duyong Datuk Wira Gan Boon Leong telah membuat tuntutan elaun perjalanan bukan atas kerja awam tetapi kepentingan peribadi. Sekiranya benar, ia boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan wang awam yang sukar direstui umum. 

Elaun perjalanan sepatutnya dibuat atas urusan rasmi. Adalah keterlaluan sekiranya tuntutan elaun perjalanan disalahgunakan sehingga merangkumi urusan peribadi atau urusan yang dijalankan di dalam rumah sendiri seperti: 

Mempengerusikan sidang akhbar di rumah sendiri, menghadiri majlis perkahwinan, menghadiri mesyuarat politik parti MCA di Kuala Lumpur, melawat kawasan berhampiran rumahnya, melawat pesakit di hospital dan menerima rawatan sebagai pesakit di hospital.

Tuntutan pakaian, elaun perjalanan dan pembaikan kereta dari YAB Ketua Menteri, Ahli EXCO, ADUN dan setiausaha politik dan setiausaha sulit untuk 2001 dan 2002 melebihi RM 1.2 juta. Elaun perjalanan sahaja untuk YB Macap ialah RM 45,658.85 pada tahun 2001. Dengan elaun, tuntutan dan penyalahgunaan peruntukan pembangunan sedemikian tepatlah peribahasa Cina, “Jadi wakil rakyat, jadi kaya”, di mana slogan pilihanraya besar MCA, “orang dalam kerajaan senang buat kerja” patut diubah kepada “orang dalam kerajaan senang cari makan”!.

Masih ingat lagi x pasal Ali Ketum & Tabung Kebajikan Negeri Melaka sebanyak RM 908,243.33 tu??? pada yg dah lupa aku nak ingatkan ballik! Semasa Ali Ketum jd Ketua Menteri Melaka dia telah mendirikan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri demi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000 dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu RM 122,950 pada tahun 2001/2002, RM 286,000 dalam tahun 2003, RM 449,292.33 dalam tahun 2004 dan RM 50,000 setakat 31 Mac 2005. Sumber wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51 adalah diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Ali Ketum ketika itu mendakwa di suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung ini diselenggarakan oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra) untuk membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan.Akan tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi bahawa sepanjang tiga tahun Tabung misteri ini beroperasi lebih daripada RM 590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri, RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga YAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan allayaharmah emaknya dan manakala RM 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk. Amat menghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bila rawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaann kepada ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka ketika itu.

Isu ini adalah berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting iaitu sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak berada, bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar Datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri dan tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya selepas tiga tahun didirikan.. Itupun auta banyak!!!

Banyak lagi sebenarnya, dan semua ni adalah FAKTA. Sejarah x boleh menipu.. UMNO sendiri pun ada simpan rekod haramjadah dia ni kan???? Jangan nafikan laaaaaahh.. Kecuali memang Najib bercadang nak bungkus UMNO pada PRU14 nanti dan bagi laluan pada PR memerintah.. Pasti pejuang Melayu UMNO frust giler!!! Waaaaaakakakkakaaaa



Kalau iye pun nak ganti SUA, ganti lah yg bagus sikit.. Baru best aku nak lawan!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.