`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 18, 2015

KERAJAAN CEMAS HADAPI KEMEROSOTAN NILAI RINGGIT & PENURUNAN HARGA MINYAK!!!

Eksport Malaysia 2015

Najib umum penstrukturan Bajet 2015 Selasa ini, kata menteri



Penstrukturan semula bajet 2015 mungkin dibuat sebagai langkah menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak, kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Penstrukturan semula bajet 2015 mungkin dibuat sebagai langkah menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan menjalankan kajian mengenainya dan ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 20 Januari ini.

"Kedua-dua faktor ini mempunyai impak positif berbanding negatif. Jadi Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada 20 Januari ini," katanya di Sungai Rokam hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak tahu apa akan berlaku kepada ekonomi dunia pada masa depan, namun berharap keadaan yang tidak menentu dapat diatasi.


"Matlamat kita adalah menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Ini asas kepada kerajaan, swasta, rakyat dan badan bukan kerajaan. Cabaran perlu dilihat daripada segi positif bukan negatif," katanya.

Husni berkata, bagi mengatasi cabaran itu, kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan gabungan semua pihak, termasuk sektor swasta, pekerja dan rakyat.

"Seperti kita hadapi cabaran banjir, ia turut melibatkan kerjasama dan bantuan daripada badan bukan kerajaan," katanya. – Bernama



Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja) Jika….



Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja) Jika…. : Harga minyak dunia menjadi perbualan dan perbincangan yang hangat bagi tahun 2015. 

Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Kenneth Rogoff yang merupakan seorang prefesor ekonomi Universiti tersohor dunia, dari Universiti Harvard.BACA SINI : Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?


Manakala ketua strategik teknikal bagi syarikat ICAP yang berpengkalan di New Jersey City mengatakan jika harga minyak dunia melepasi sahaja paras US$39 setong, maka dunia akan menyaksi harga minyak dunia akan berada pada paras USD30 setong.

Dan firma penyelidikan Ekonomi Universiti Oxfort telah selesai menjalankan kajian dan analisa melibatkan 45 buah negara meletakkan :

Filipina adalah pemenang disebalik kejatuhan harga minyak dunia apabila dijangka pertumbuhan ekonomi Filipina akan melonjak pertumbuhan ekonomi ke paras 7.6% untuk 2 tahun akan datang jikalau harga minyak dunia berada pada paras USD40 setong.

Manakala pertumbuhan ekonomi Rusia berada pada paras yang menyeksakan apabila bakal menyusut negatif 2.5%.

Manakala dikalangan negara maju, Hong Kong akan tersenyum lebar disebalik kejatuhan harga minyak dunia.

Negara-negara seperti Arab saudi, UAE, Rusia bakal menghadapi detik yang cukup sukar dalam urusan mengendalikan ekonomi mereka di masa akan datang

Malaysia? Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2015 dijangka mengalami penyusutan sebanyak 0.5% dan hanya berada pada paras 3.8% sahaja

Pakar Ekonomi bagi JP Morgan Securities yang berpengakalan di New York, Bruce Kasman menjangkakan kadar inflasi di kebanyakan negara di dunia akan berada pada paras yang tidak pernah disaksikan sejak kegawatan ekonomi berakhir pada 2009.
Perbandingan Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia Di Bawah USD40 Kepada 45 Buah Negara?

Semak hasil perbandingan kajian dan analisa yang dilakukan oleh Firman Penyelidikan Ekonomi Universiti Oxford seperti di bawah ini termasuklah Malaysia :

Eksport Malaysia 2015


Kemelesetan Ekonomi 2015

P/S : Kepada pihak TNB Malaysia, perlu tunggu berapa lama lagi untuk terjaga daripada lamunan bagi menurunkan tarif elektrik di Malaysia?

PP/S : Apa harga minyak dunia mencecah sahaja US$40 setong, nantikan apa respon balas para menteri dan ahli politik di Malaysia.

PPP/S : Tahun 2015, tahun yang menjadi “MESTI” kerajaan Malaysia untuk berjimat cermat dan “tidak boros dan bocor” ketika berbelanja

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.