`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, January 29, 2015

Petanda Terdekat BN Bakal Hancur Lebur


Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel ditegur kerana dilihat seakan hilang fokus memimpin parti itu sehingga memaksa Barisan Nasional (BN) campurtangan membantu menyelesaikan kemelut parti komponennya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, pihaknya memandang serius krisis dalaman MIC yang bukan sahaja menjejaskan parti itu tetapi keseluruhan imej BN di mata rakyat dan penyokong parti.

"Saya lihat sekarang ini, agaknya presiden parti sudah tak berapa fokus.

"Saya bukan nak kritik tentang masalah sehingga tercetus pelbagai perkara yang seolah-olah luar kawalan. Ini pastinya tidak baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, hari ini.

Katanya, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan dirinya akan memanggil kepimpinan tertinggi MIC untuk berjumpa dalam masa terdekat bagi menyelesaikan perkara itu.


"Saya dah berbincang dengan perdana menteri semalam. Kita akan buat apa yang perlu untuk pastikan MIC kembali kukuh sebagai parti politik penting dalam komponen BN," katanya. ~malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.