`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 19, 2015

SELEPAS BANJIR KUALA KRAI MENGALAMI SEJUK MELAMPAU



AWAL tahun lalu, laporan akhbar tempatan menyebut tentang kemungkinan Malaysia mengalami cuaca sejuk luarbiasa hingga mencecah 17.2 darjah Celcius.

Perkara ini dimaklumkan Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad.

Dr Shaharuddin berkata, fenomena ini disebabkan cuaca sejuk melampau yang melanda Siberia, Rusia menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk negara ini yang sedang mengalami musim Monsun Timur Laut.

Ternyata, telahan ini benar apabila kawasan Pekan Kuala Krai, Kelantan kini dikhabarkan sudah mula mengalami cuaca sejuk sejak Sabtu.

Menerusi gambar dikongsikan di Facebook I Love Kuala Krai, kelihatan beberapa pemuda di sana berdiri dalam kabus tebal seperti berada di pusat peranginan tanah tinggi.


Kabus yang tebal membuatkan jarak penglihatan turut terbatas, hinggakan kenderaan terpaksa dipasang lampu meskipun hari sudah siang.





Penduduk tempatan mendakwa suhu dialami di sana pada pagi Sabtu dipercayai antara 17 hingga 19 darjah Celcius, membuatkan mereka merasai suasana sejuk seperti berada di Genting Highlands.



Suhu yang menyamai cuaca musim bunga di United Kingdom ini bagaimanapun bukanlah fenomena baharu kerana ia pernah melanda Kuala Krai pada Januari tahun lalu.

Susulan cuaca sejuk luarbiasa ini, penduduk yang mempunyai masalah kesihatan seperti semput dinasihatkan bersedia apa yang patut. ~mns

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.