`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 18, 2015

Video : Staf Bergaduh Dalam Kedai, KFC Minta Maaf

Staf Bergaduh Dalam Kedai, KFC

Berikutan penyebaran satu video yang memaparkan aksi pergaduhan staff KFC di dalam premisnya baru-baru ini, pihak KFC telah tampil meminta maaf atas insiden terbabit.

Menurut dari kenyataan maaf yang dimuat naik melalui laman Facebook rasmi KFC Malaysia itu, kejadian berlaku di KFC Jalan Raja Laut dan pihak KFC turut menyatakan kekesalan keatas insiden.

Menurut penyiasatan awal dari pihak KFC sendiri, insiden yang berlaku di antara dua adik beradik itu berpunca dari hal peribadi.


Staf Bergaduh Dalam Kedai, KFC

Video yang berdurasi selama 37 saat dipercayai telah dirakam oleh salah seorang pelanggan yang berkunjung di premis berkenaan.

Didalam video tersebut kelihatan seorang staf perempuan mengeluarkan kata-kata kesat kepada salah seorang staf yang berada disebalik dinding di bahagian dapur premis tersebut.

Selain itu terdapat juga adegan sepak menyepak berlaku dimana seorang staff lelaki dilihat memberi aksi 'flying kick'.

Di laman sosial pula, orang ramai mempersoalkan etika di tempat kerja staf-staf berkenaan yang dikatakan tidak professional kerana bertindak sedemikian dihadapan pelanggan -Siakapkeli

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.