`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 26, 2015

Zul Nordin Berniat Jahat, Biadab - Yusmadi Yusoff

PETALING JAYA: Zulkifli Nordin dilihat berniat jahat dan bersikap biadab apabila mempertikaikan intipati dokumen permohonan pengampunan yang difailkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong pada saat akhir, Selasa lalu.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, pendirian konsisten Zulkifli berhubung isu ini jelas menampakkan beliau ada motif tersembunyi terhadap keluarga Anwar.

"Pada peringkat ini, permohonan tersebut baharu diusulkan dan belum lagi diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya lihat beliau seolah-olah ada niat tidak baik terhadap keluarga Anwar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Malah, Pengerusi Yayasan Rights itu turut menyifatkan tindakan Zulkifli sebagai penghinaan terhadap institusi Diraja.


"Siapa Zulkifli? Sejak bila dia ada daulat? Individu yang buat keputusan mengenai permohonan tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong. Jadi dia biadab kerana mencemar kemuliaan Yang di-Pertuan Agong dan integriti badan kehakiman," katanya.

Beliau turut menemplak Zulkifli sebagai tidak tahu undang-undang walaupun beliau seorang peguam.

"Dia tidak tahu undang-undang. Dalam kes ini, keluarga Anwar iaitu warisnya ada hak untuk mewakili beliau dalam mengemukakan petisyen pengampunan itu," katanya.

Yusmadi berkata, pada peringkat ini sesiapa sahaja tidak boleh membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut kerana keputusan terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

"Pengampunan Diraja adalah peringkat tertinggi sistem keadilan berperlembagaan. Jadi keluarga pesalah ada hak untuk mengemukakan permohonan tersebut seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara," katanya.

Menurutnya, pengampunan Diraja ada dua aspek iaitu pesalah mengakui dari segi hukuman atau dari segi perlakuan.

"Dalam kes ini, menerusi pemahaman saya keluarga (Anwar) mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku dalam kes. Bagi saya permohanan itu boleh dibuat tapi dapat atau tidak itu bukan atas budi bicara kita tapi bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Terdahulu, Zulkifli mempertikaikan isi kandungan dokumen pengampunan yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili suaminya, Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu.

Zulkifli yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, permohonan pengampunan yang dikemukakan Dr Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Anwar yang konsisten tidak mahu membuat permohonan pengampunan.

Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, pakar perlembagaan, Tan Dri Dr Rais Yatim berkata Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipaksa untuk memulakan mesyuarat pengampunan atau membuat keputusan kerana ia merupakan budi bicara baginda.

Jelas beliau, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk memanggil orang yang dirasakan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan itu.

"Jika Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan mendengarnya, tidak ada sesuatu yang boleh menggesanya atau memaksa baginda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.