`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 27, 2015

Larangan Keluar Masa Maghrib, Mari Lihat Secara Ilmiah.


MAGHRIB merupakan waktu Solat tiga rakaat yang dilakukan ketika bumi berpindah masa dari siang menjadi malam. Masa Maghrib tiba, orang tua biasanya menyuruh anaknya masuk ke dalam rumah dan menghentikan aktiviti di luar rumah.  

Mereka percaya, bila Maghrib tiba banyak syaitan dan jin berkeliaran.Selepas Magrib, mereka kembali membiarkan anak-anaknya untuk bermain di luar rumah. Bagi umat Islam, larangan ini merupakan mitos yang dipercayai secara turun temurun. Biasanya mereka hanya meneruskan kebiasaan orang tua dan tidak mengetahui bahawa sebenarnya larangan ini ada dalam hadis Nabi SAW. 
Nabi Muhammad SAW bersabda,

  • "Jangan kalian membiarkan anak anak kalian di saat matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam sebab syaitan berpecah jika matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam," (Dari Jabir dalam kitab Sahih Muslim).
Selain itu juga dijelaskan dalam Sahih Muslim Nabi, bersabda: 
  • "Jika sore hari mulai gelap maka tahanlah bayi bayi kalian sebab iblis mula bergentayangan pada saat itu, Jika sesaat dari malam telah berlalu maka lepaskan mereka, kunci pintu pintu rumah dan sebutlah nama Allah sebab syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Dan tutup rapat tempat air kalian dan sebutlah nama Allah. dan tutup tempat makanan kalian dan sebutlah nama Allah. walaupun kalian mendapatkan sesuatu padanya. "
Hadis Nabi SAW ini boleh dijelaskan secara ilmiah. Sebuah buku ilmiah keagamaan karya Prof. DR. Ir. H. Osly Rachman, MS berjudul The Science Of Solat diterbitkan QultumMedia menjelaskan bahawa menjelang Maghrib, alam akan berubah menjadi spektrum cahaya berwarna merah. 

Cahaya merupakan gelombang elektromagnet (EM) yang mempunyai spectrum warna yang berbeza satu sama lain. Setiap warna dalam spektrum mempunyai tenaga, kekerapan dan panjang gelombang yang berbeza.Dalam bukunya dijelaskan bahawa ketika waktu Maghrib tiba, berlaku perubahan spectrum warna alam selaras dengan kekerapan jin dan iblis, yakni spektrum warna merah.  

Pada waktu ini, jin dan iblis amat bertenaga kerana mempunyai resonansi bersamaan dengan warna alam. Pada waktu Maghrib, banyak interfernsi atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama sehingga penglihatan kadang kurang tajam oleh adanya fatamorgana.


Dalam Islam, pada waktu magrib dijelaskan bahawa syaitan bersamaan dengan datangnya kegelapan mulai menyebar mencari tempat tinggal. Kerana mereka tersebar dengan pemandangan luar biasa biasa dan jumlah yang tidak ada yang tahu selain Allah. Sebahagian syaitan takut dari kejahatan syaitan yang lain, sehigga syaitan perlu mempunyai sesuatu yang dijadikannya sebagai tempat berlindung dan mencari tempat selamat.


Maka ia bergerak dengan cepat melebihi kelajuan manusia dengan kelajuan berlipat ganda, beberapa dari mereka berlindung dalam bekas kosong, berlindung ke rumah kosong, dan beberapa dari mereka berlindung kepada sekumpulan manusia yang sedang duduk duduk. Mereka tentu tidak merasa, mereka ikut menumpang supaya menjadi aman dari penindasan saudara sesama syaitan yang juga berkeliaran seperti angin di bumi. 


Hal ini kerana yang boleh hidup hanya yang kuat sahaja. Kadang kala syaitan mengganggu anak kecil manusia untuk dijadikan tempat berlindung.Selain itu syaitan juga berlindung ditempat yang kotor seperti pada lampin bayi yang sudah kotor. Mereka lebih memilih lampin bayi kerana najis sebagai tempat persembunyian, sehingga mendorong mereka untuk tinggal terus.

Anda pasti pernah menemui beberapa anak menjerit tiba-tiba dan beberapa yang menggelapar dalam tidurnya kerana gangguan iblis yang merasukinya saat dijadikan tempat berlindung. Pada waktu maghrib, kita digalakkan untuk menjauh dari haiwan, seperti kucing, burung, dan mengurangkan kelajuan semasa memandu kereta kerana dikuatirkan melanggar anjing atau haiwan lain yang boleh jadi telah dirasuk syaitan. Dan juga tidak boleh jalan jalan di tempat sepi atau duduk di tempat itu, atau membaling batu ke dalam bilik mandi, kebun dan laut.


Begitulah kira-kira. (IH) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.