`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, February 26, 2015

Akhbar tak siar kenyataan adik beradik Najib



Akhbar arus perdana hari ini didapati tidak menyiarkan kenyataan oleh empat orang adik beradik Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan harta pusaka peninggalan bapa mereka, Tun Abdul Razak Husin.

Semakan Malaysiakini mendapati kenyataan yang membela Tun Razak sebagai seorang yang berjimat-cermat tidak dimuatkan dalam akhbarUtusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star.

Kenyataan itu dihantar menerusi emel Datuk Seri Nazir Razak pada Selasa lalu sekitar jam 8.30 kepada pengarang kanan media, namun didapati masih tidak diterbitkan dalam akhbar yang disebutkan itu sehingga hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar atas nama Nazir Razak, Johari Razak, Nizam Razak, Nazim Razak – tanpa disertai nama Najib Razak.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan spekulasi bahawa berlakuk keretakan dalam hubungan keluarga perdana menteri.

Kenyataan itu diedarkan kepada media susulan laporan New York Times yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tentang sumber kekayaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

New York Times menyebut, PMO memaklumkan kepada mereka bahawa sumber kekayaan Najib dan isterinya sebahagiannya datang daripada harta pusaka peninggalan keluarga.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.