`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 30, 2015

Astaghfirullah !!

Image result for najib

Pemimpin utama kita tidak mahu belajar untuk menjadi pemimpin yang baik seperti pemimpin-pemimpin banyak negara yang sudah maju. Disebaliknya Najib lebih cenderung untuk mengambil tauladan dan pelajaran dari pemimpin-pemimpin negara-negara yang tidak senonoh yang tidak mengambil tahu hal rakyat dan masa depan negara mereka.

Najib mendapati sangat susah untuk menjadi manusia pemimpin yang baik dan dihormati oleh rakyatnya dan masyarakat antarabangsa. Bagi Najib membuat baik itu sangat menyusahkan beliau. Beliau sanggup untuk terus mentadbir negara walaupun beliau sendiri tahu yang beliau telah merosakkan negara dengan begitu teruk dan tidak sepadan sekali dengan nama Malaysia yang sebelum ini dianggap sebagai negara contoh dalam banyak hal dan bidang.

Najib amat susah untuk mengakui bahawa rakyat sekarang bukan boleh diperbodohkan lagi. Beliau masih tidak menyedari yang beliau sudah dipandang rendah bukan sahaja oleh masyarakat Malaysia sendiri tetapi oleh masyarakat antarabangsa sekali. Najib selalu sahaja hendak melakukan ‘equation’ kemampuan berfikir beliau dengan kemampuan rakyat berfikir.

Najib masih percaya yang tekanan untuk beliau berhenti itu sengaja diada-adakan oleh setengah pihak seolah-olah mereka yang menekan beliau untuk berhenti itu suka hendak melakukannya. Tidak ada siapa yang bergembira untuk melakukan tekanan terhadap sesiapa untuk berhenti, tetapi keadaan yang membuatkan banyak pihak mahukan Najib berhenti sahaja kerana beliau terlalu menyusahkan rakyat ramai.

Tidak juga ada yang mahu mendesak Ahli-Ahli Jemaah Kabinet untuk berundur tetapi keadaan yang mendesak yang menyebabkan ramai yang mahu Menteri-Menteri Kabinet berhenti kerana terlalu lemah dan gagal untuk melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli-Ahli Kabinet negara.

Kabinet membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh Menteri Kewangan negara selama ini. Hanya sekarang sahaja yang ada suara dari kabinet untuk bersetuju yang Najib perlu menjawab persoalan yang diajukan oleh rakyat, sedangkan mereka jugalah yang bertanggungjawab kenapa Najib sebagai PM dan Menteri Kewangan bebas untuk melakukan kemungkaran terhadap ekonomi dan politik negara. Mereka mendiamkan diri sahaja melihat 1MDB diperlakukan sebagai syarikat ‘SPV’ oleh setengah pihak yang bertaraf kroni terhadap Najib untuk menyelongkar semua khazanah negara untuk diperaidkan sesama sendiri.

Apabila keadaan sudah menjadi tidak menentu lagi baru lah kedengaran pemimpin dalam Kabinet seperti Muhyiddin mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku terhadap 1MDB. Itu pun bercakap disebalik tabir sahaja. Pandangan beliau itu tersebar hanya apabila ada orang yang tidak dijemput dalam perjumpaan tertutup itu menyiarkan ucapan beliau dalam media massa alternatif yang menjadi ‘viral’ itu. Dalam pada tidak bersetuju dengan apa yangb berlaku didalam 1MDB, sebulat suara pula Kabinet membenarkan untuk disediakan RM950 juta untuk ‘standby credit’ untuk 1MDB itu. Apa semuanya ini?

Sudahlah Najib tidak bertanggungjawab, Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang bergaya dan glamor semuanya itu lebih lagi tidak bertanggungjawab dan tidak mahu menerima ‘accountability’ terhadap jenayah 1MDB terhadap negara. Semuanya bercakap terhadap kepentingan agama, bangsa dan negara, tetapi kita lihat agamanya tiada, bangsanya kehilangan identiti dan negaranya menjadi kucar kacir.

Sekarang tidak ada siapa dikalangan Ahli-Ahli Jemaah Kabinet bersedia untuk meletakkan jawatan untuk menunjukan sikap bertanggungjawab dan menjaga maruah kepimpinan mereka dikhalayak ramai.

Hakikatnya semua Jemaah Kabinet wajar berhenti sahaja kerana mereka tidak faham fungsi jawatan yang mereka rebutkan selama ini.  Orang nak jadi Menteri mereka pun nak jadi Menteri. Apabila sudah jadi Menteri mereka tidak pun memahami apakah fungsi mereka dalam Kabinet itu.

Sesungguhnya semua mereka ini adalah pemimpin-pemimpin yang ‘confused’ dan tidak mempunyai harga diri, baik sebagai orang berbangsa Melayu tetapi juga sebagai seorang yang mengaku sebagai penganut agama yang suci kita ini. Astagfirullah!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.