`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 4, 2015

Pelumba Haram Bukan Sekadar Saman, Hukum Penjara Lebih Setimpal - Media Sosial

Image result for Tragedi sepasang suami istri dan bayi mereka berusia 7 bulan yang terkorban di dalam nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE semalam

Tragedi sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 7 bulan yang terkorban di dalam nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE semalam membuka mata banyak pihak. 

Dari keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup, CCTV dan informasi dari media sosial ramai mendakwa kejadian malang itu berpunca dari tindakan enam pemandu kereta Myvi yang berlumba sekitar jam 1.05 pagi. 

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan berhubung insiden itu dan mengenal pasti punca sebenar kejadian selain berjanji siasatan akan dijalankan secara telus dan tanpa prejudis. 

Astro AWANI berkesempatan bertanya pandangan pembaca mengenai bagaimanakah cara terbaik membanteras kegiatan berlumba haram di jalan raya menerusi laman Facebook kami. 

Pelbagai komen  dan reaksi diperolehi mengenai cadangan atau pandangan peribadi rakyat Malaysia mengenai isu lumba haram ini. 

Segelintir mencadangkan supaya beberapa peraturan bagi membendung pemanduan laju yang dipraktikkan di negara-negara seperti United Kingdom, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu dilaksana di Malaysia.

fb lumba 1

fb lumba 2

 fb lumba 3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.