`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 4, 2015

PEMIMPIN MALAYSIA TAK TAHU MALU

Image result for BN government

Walaupun tidak semua begitu tetapi kebanyakannya begitulah. Aku merasa begitu malu apabila ada rakan-rakan dari luar negara bertanyakan ‘ apa sudah jadi’ dengan negara Malaysia.
           
            Melalui majalah, akhbar dan media sosial yang lain rakan dari negara luar membaca berita buruk tentang Malaysia. Sememangnya negara kita sudah cukup ‘popular’ di mata dunia kini tentang kisah buruknya. Berbagai perkara yang dilakukan oleh pemimpin kita yang sememangnya mengaibkan bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia pernah ‘dinasihatkan’ supaya jangan mempercayai apa yang tertulis dalam majalah dan akhbar luar negara kerana konononya sememangnya akhbar dan majalah berkenaan sengaja berusaha untuk merosakkan dan memusnahkan negara kita. Tetapi lama kelamaan rakyat mula berfikir pula,’ jikalau tidak ada angin takkanlah pokok bergoyang’.

            Pemimpin kita sudah menjadi bahan ketawa di luar negara. Berbagai isu yang boleh dijadikan oleh mereka sebagai bahan untuk ‘menghiburkan’ mereka tetapi amat mengaibkan ‘pendengar’ seperti aku yang merupakan rakyat dari negara ini. Mereka sudah menyamakan keadaan negara kita seperti negara Zimbabwe di Afrika dan bebrapa buah negara lain yang keadaan negara mereka adalah lebih kurang ‘sama waktu dengan kita’.

            Negara kita kini agak ‘malang’ disebabkan oleh ketiadaan negara di Asia kini yang ‘sama taraf’nya dengan negara kita. Hampir kesemua negara di Asia Tenggara sedang bergerak maju walau dari segi apa pun. Dulu ada negara Filipina. Ketika dibawah pentadbiran Presiden Marcos dan isterinya, negara berkenaan menjadi bahan ketawa penduduk dunia disebabkan pentadbiran Marcos yang bersifat kediktatoran dan keborosannya. Lantas dunia menumpukan perhatian kepada Filipina. Kini sudah tidak ada negara di Asia yang seolah-olah boleh menandingi ‘kehebatan’ negara kita Malaysia.

            Yang menyedihkan aku ialah tentang nasib malang yang menimpa negara kita. Sebenarnya bangsa Malaysia sudah hampir-hampir menjadi bangsa yang agung yang boleh dihormati oleh bangsa-bangsa di dunia. Tahun-tahun 1990an ketika di bawah pemerintahan DS Dr Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim negara keita sudah hampir ke mercu kejayaan setanding dengan negara-negara maju lain di Asia seperti Korea, Hong Kong, Taiwan, Singapura dll. Malah ke mana saja kita pergi di dunia ini, kita sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat negara luar. Bukan itu saja, mereka juga memuji-muji kejayaan dan kehebatan negara Malaysia dan pemimpinnya.

            Kini kedudukan kewangan negara kita berada dalam keadaan yang agak tidak selamat. Aku bukan ahli ekonomi untuk membincangkan hal berkenaan. Tetapi aku hanya ‘pandai’ mengukur keadaan sedemikian beradasarkan tukaran wang yang aku lakukan ketika berurusan di luar negara. Aku masih ingat bagaimana Ringgit Malaysia merupakan antara matawang yang agak kukuh di rantau ini. Ringgit Malaysia tidak ‘diragui’ dimana-mana negara kita lawati. Seingat aku hanya kita ‘tewas’ berbanding dengan Singapura dan Brunei dan Ringgit kita kukuh berbanding dengan Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam. Kini negara-negara berkenaan memandang ‘sebelah mata’ sahaja kepada kedudukan Ringgit Malaysia.

            Sebagai rakyat Malaysia aku merasa cukup malu diperlakukan begitu. Namun apakan daya kerana ramai pemimpin kita tidak tahu malu dengan keadaan yang kita alami kini.

            Orang Melayu (seperti aku) sudah tidak dihormati oleh bangsa lain disebabkan oleh kebanyakan pemimpin Melayu yang tidak tahu malu. Pemimpin Melayu sendiri yang mengaibkan bangsa Melayu. Dan jikalau diperhalusi, apakah agaknya kualiti (yang masih ada)  pada bangsa Melayu atau pemimpin Melayu di negara ini yang membolehkan orang lain menghormati kita. Maksud aku apakah kualiti terpuji yang boleh menarik minat bangsa lain untuk memandang tinggi kepada orang Melayu atau pemimpin Melayu.

            Memang ada kualiti terpuji itu tetapi semacam sudah tidak diamalkan sepertimana bangsa-bangsa Asia lain. Bangsa Jepun dan Korea misalnya masih berpegang teguh kepada nilai ‘kebertanggung-jawaban’ yang tinggi. Dunia menghormati bangsa Jepun disebabkan memiliki nilai sebegini. Pemimpinnya sedia mengundur diri dan meletak jawatan sekiranya berlaku sesuatu keadaan buruk dibawah kepimpinannya walaupun bukan dia yang melakukannya. Tidak perlu dikemukakan contoh-contoh. Terlau banyak contoh untuk dipaparkan. Maknanya mereka tahu malu…..

            Melihatkan keadaan di negara kita kini seolah-olah sudah wujud keadaan ‘tak tahu malu’ yang agak menyeluruh dikalangan pemimpin kita, samada di peringkat tinggi ataupun pemimpin peringkat bawahan. Semacam sudah tidak ada lagi perasaan takut, segan dan silu untuk melakukan sesuatu kesalahan. Seolah-olah sudah wujud tindakan ‘yang beraja di hati dan bersultan dimata’

            Mungkin disebabkan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin itu yang menyebabkan mereka melupakan perasaan malu dan aib itu. Mereka merasakan bahwa tidak ada siapa yang boleh melarang dan bertindak terhadap apa yang dilakukannya. Mereka sentiasa merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh mereka itu betul belaka. Apatah lagi dikelilingi oleh penyokong yang juga berperangai sedemikian, tak tahu malu.

            Apakah perasaan ‘tak tahu malu’ ini akan terus menerus menguasai pemimpin Malaysia khususnya pemimpin Melayu?

abuhassanadam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.