`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 4, 2015

PRK Rompin : Kemajuan Rompin... Jangan Tak Percaya Beb... Kah Kah Kah !



Agak-agak lu orang berapa lama lah lalang yang sebegitu panjang tidak dipotong beb... jangan cerita pasal siling yang pecah dan berlubang, tak pasti sama ada Meter Lektik masih lagi ada atau sudah dicabut oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Itu belum lagi di tengok bahagian dalam bangunan tersebut, silap-silap Ular Sawa tiga keturuann pun ada kat dalam tu... kah kah kah !. 

Mengikut laporan Bernama yang megngeluarkan gambar diatas ianya adalah sebuah TASKA, tetapi tidak dinyatakan sama ada ianya dahulu adalah sebuah Taska dan sekarang adalah tempat Ular Sawa Tinggal. Kesian beb... sampaikan Timbalan Menter Komunikasi Dan Multi Media Datuk Johari Jailani dan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin terpaksa memotong lalang... kah kah kah !. 

Ini ke yang lu orang katakan sebagai Kemajuan Rompin dibawah Ahli Parlimen Umno/Bn, jangan lu orang cerita pasal Kemajuan Pekan Rompin kerana kebiasaan nya yang tinggal di Pekan adalah Kaum Cina dan yang Tinggal di Kampung-Kampung adalah Orang Melayu dan Orang Asli. Oleh itu apa yang lu orang buat sampaikan Taska dah jadi tempat tinggal Ulur Sawa tiga keturunan... kah kah kah !. Bernama 

hemmmmm..... nasib baik lah lu orang pengundi rompin ada pilihan raya kecil, kalau tidak bukan setakat lalang tapi mungkin akan jadi hutan bila sampai pru14... kah kah kah !. 

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.