FAKTA, negara ini ada kurang lebih 30 juta rakyat. Fakta, GST adalah sistem cukai baru menggantikan sistem cukai lama SST – bukan cukai tambahan seperti penipuan Tun Dr. Mahathir. Fakta, kita ada 13 juta pengundi. Fakta, pembangkang sendiri akui demo semalam dihadiri 15 ribu orang – yang mana kalau kita nak percaya dengan jumlah itu sekalipun, jauh lebih kurang dari sasaran penganjur, 1 juta orang.
Satu lagi fakta – tidak semua yang datang semalam adalah pengundi yang boleh menentukan siapa kerajaan kerana antara mereka ialah kanak-kanak dalam stroller dan budak-budak sekolah yang sedang bercuti
Gabung semua fakta tersebut, penulis buat 2 kesimpulan, pertama, perhimpunan itu gagal, kedua, sekalipun gagal, tapi ada bukti rakyat Malaysia tidak suka GST cuma tak sampai nak tukar kerajaan cuma akan ambil masa untuk terima perlaksanaan sistem cukai tersebut.
Dari pengamatan penulis sebagai rakyat, yang buat orang naik darah sikit pasal GST lebih kepada kad pra bayar dan GST di kedai mamak. Ada juga yang mengadu kepada penulis tentang hal-hal lain (seperti tukang buat rumah mengadu harga naik selepas 1 April), tapi setelah berdebat, nampak sangat dia kena tipu, bukan sebab GST.
Syarikat dia sendiri pun tak daftar GST.
Tentang GST di kedai mamak (bukan semua kedai mamak, yang nilai jualan RM 500k setahun saja). Ia bukan sangat nilai 6% itu tapi tentang kebiasaan membayar. Contohnya, dulu kalau mamak bagi bil RM 10.00, pelanggan bayar RM 10.00. Sekarang mamak bagi bil RM 10.00, pelanggan kena bayar RM 10.60.
Itu yang bagi sakit hati sikit tapi lama kelamaan terbiasalah tu.
Pelanggan jugs ada pilihan untuk tidak pergi ke kedai mamak yang kenakan GST, ada lagi banyak restoran, gerai tepi jalan yang tidak kenakan GST, kenapa yang kenakan GST tu juga yang nak pergi? Nak ikut alasan, ada banyaklah alasan boleh digaduhkan, tapi diakhirnya semua alasan itu bukan mewakili golongan berpendapatan rendah yang kerajaan pinpinan Datuk Seri Najib sangat beri perhatian.
Maka itu penulis berpendapat, isu GST ini tidak akan meruntuhkan kerajaan BN seperti mana dakwaan pembangkang. Kalau GST ni ‘merobek perut rakyat’ seperti dakyah penyokong pembangkang, maka jumlah yang datang semalam bukan seciput itu tapi jauh lebih besar.
Lagipun penulis lihat, yang datang demo semalam tu, ramai yang perut boroi ke depan (termasuk aktivis pembangkang seperti Hishamudin Rais), tak seorang pun yang robek dan berlubang. Agak-agaklah membohong pun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.