`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 1, 2015

INILAH SEBAB MENGAPA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KELUARKAN SURAT PEMANSUHAN PROGRAM SUBSIDI HARGA BERAS UNTUK RAKYAT MISKIN



Kementerian Pertanian dan Industri Asas‎ Tani (MOA) memansuhkan program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) berikutan terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya. 

Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian mendapati antara masalah yang berlaku ialah beras yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah boleh dibeli oleh bukan warganegara. ‎ 

"Ada juga laporan mendapati terdapat tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan," katanya. 

Beliau berkata, walaupun beberapa tindakan telah diambil kementerian termasuk menghentikan lesen pihak terbabit tetapi masalah berkenaan masih timbul. 

"Sejak dua bulan lalu, kami telah mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin," katanya. ‎ 

Samsuddin berkata, pengagihan beras ST15 bermula pada 2008 adalah program sementara untuk golongan termiskin membeli beras pada harga paling rendah. 

Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.