`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, January 7, 2016

Menteri Sahkan Bauksit Punca Air Laut Bertukar Merah Dan Kualiti Udara Tak Sihat Di Kuantan


Rakaman lensa kamera keadaan laut di pesisir Pantai Batu Hitam kelihatan merah pada 29 Disember tahun lalu.


Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengesahkan fenomena laut merah di sekitar Kuantan berpunca daripada lambakan stok simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, Pahang yang mengalir ke laut.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan ujian terhadap sampel air yang dilakukan pada Mei hingga November lalu, kualiti air berada di kelas ketiga iaitu air memerlukan rawatan intensif.

"Kualiti air belum sampai di tahap kelima yang diklasifikasikan tercemar teruk dan bahaya...ini yang kita dapat sebelum ini tetapi keputusan terbaru masih belum diperolehi yang dijangka akan diketahui dua minggu lagi.

"Fenomena itu berpunca daripada tanah merah yang mengalir ke dalam laut daripada stok simpanan bauksit di pelabuhan," katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, pihaknya tidak mahu menafikan perkara ini seperti sesetengah pihak kerana punca utama laut bertukar merah adalah disebabkan bauksit.

Mengulas mengenai tahap kualiti udara, Wan Junaidi berkata, kementerian turut mengkaji beberapa tempat di Kuantan dan mendapati bacaan Indeks Kualiti Udara di situ mencecah 300 iaitu kurang sihat.

Katanya, kementerian memandang serius perkara itu dengan mengambil kira orang yang terjejas dalam industri dan mereka yang tidak ada kena mengena namun terjejas teruk akibat habuk dan debu yang berlaku.

"Mengambil kira faktor berkenaan, kabinet memutuskan untuk mengambil tindakan pada 27 November bagi melaksanakan penggantungan sementara aktiviti perlombongan bauksit," katanya.

Katanya, pihak pelabuhan Kuantan diberi tempoh satu bulan untuk membersihkan lambakan bauksi yang berada dalam simpanan di pelabuhan berkenaan.

- hmetro

1 comment:

  1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
    Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

    *angka ritual gaib singapura

    *angka ritual gaib hongkong

    *angka ritual gaib malyaisia

    *angka ritual gaib sidney

    *angka ritual gaib kuda lari.

















































































































































































































































































































































































































































    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.