`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 4, 2016

Bekas Isteri Sultan Brunei Bercinta Dengan Wak Doyok

Beberapa gambar dikongsikan Azrinaz Mazhar Hakim, 36, di laman Instagram turut menampilkan Wak Doyok, 36.


Ikon fesyen Wak Doyok mendakwa tidak terkejut apabila gosip cintanya bersama bekas isteri sultan Brunei mula diperkatakan umum.

Pelakon filem “Abang Long Fadil 2” berkata kebenaran gosip cinta bersama Azrinaz Mazhar Hakim memadai jika dikongsikan di antara mereka berdua saja.

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling perkatakan. Persepsi mereka saya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu,” katanya kepada Harian Metro.

Wak Doyok, nama popular Muhammad Azwan Mohd Nor, antara wajah yang sudah tidak asing lagi berada di laman Instagram Azrinaz.



Beberapa gambar dikongsikan Azrinaz, 36, turut menampilkan Wak Doyok, 36, yang dapat dilihat oleh 125,000 pengikut bekas wartawan itu di laman perkongsian gambarnya.

Bagaimanapun, Wak Doyok menyifatkan hubungannya dengan Azrinaz terlalu peribadi untuk dijawab.

“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu lebih baik saya berdiam diri.

“Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu fesyen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri.

“Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” dia dilaporkan berkata.

Azrinaz, bekas personaliti TV3, mendirikan rumah tangga bersama Sultan Hassanal Bolkiah sehingga 2010. Pasangan diraja itu dianugerahkan dua cahaya mata.

- malaymail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.