`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, April 29, 2016

Harinder Diboikot Kerana Ucap Syahadah Di Ceramah Dr. Zakir Naik

Harinder diboikot kerana ucap syahadah di ceramah Dr. Zakir Naik. Masih ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui. 

Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.


Harinder diboikot kerana ucap syahadah di ceramah Dr. Zakir Naik. Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi, lapor Mynewshub.






1 comment:

  1. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

    Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.


    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.