`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 18, 2016

Perlis, Johor mula catuan air

Program tersebut terpaksa dilaksanakan akibat keadaan kemarau yang melampau dan berterusan.
catu-air
PETALING JAYA: Musim kemarau yang melampau dan berterusan pada masa kini akhirnya memaksa kerajaan Johor dan Perlis melaksanakan program catuan air secara berperingkat.
Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Johor memulakan catuan airnya pada hari ini dan menjangkakan lebih 3,400 pengguna terkesan ekoran langkah tersebut.
Malah beliau tidak menolak kemungkinan, akan berlaku peningkatkan jumlah catuan sekiranya paras air di loji terus berkurangan akibat kemarau panjang.
“Kita mulakan catuan di kawasan yang menggunakan bekalan air dari loji Lok Heng manakala catuan akan menyusul di loji Gembut jika keadaan berterusan. Catuan akan melibatkan tempoh 24 jam membabitkan lebih kurang 3,400 pengguna.
“Malah aktiviti pembenihan awan juga akan dijalankan bila keadaan mengizinkan,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis (SAP) Abd Hamid Saad pula mengesahkan pihaknya telah melakukan catuan sejak Sabtu lalu melibatkan enam kawasan penepatan iaitu pengurangan sebanyak 16 peratus pengeluaran air setiap hari.
Katanya, pada peringkat awal pihaknya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju untuk mengurangkan 16 peratus pengeluaran air, malah tidak menolak akan berlaku pengurangan lanjut bekalan air jika keadaan tidak berubah.
“Kalau paras air semakin berkurangan, kami terpaksa membuat catuan lebih besar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.