`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 18, 2016

Tambahan 1,200 Kamera AES Akan Telan RM500Juta?


Dianggarkan kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut maklumat yang diperolehi Nanyang Siang Pau daripada laman web Jenoptik Robot, pengeluar kamera AES berpangkalan di Jerman, Malaysia membelanjakan AS$53 juta (RM267 juta) untuk membeli 550 kamera AES buat pertama kalinya pada 2012.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan akan menambah 1,200 kamera AES yang memerlukan anggaran kos sebanyak AS$115 juta (RM450 juta).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, penambahan kamera AES di seluruh negara tidak patut dipolitikkan, kerana ia merupakan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum pemandu kenderaan.

Laporan kewangan suku kedua Jenoptik Robot pada 2012 menunjukkan, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan 550 kamera AES pada harga AS$53 juta.

Ini bermakna, purata seunit kamera AES menelan belanja AS$96,364 (kira-kira RM375,819).

Jika mengikut kiraan harga itu, kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli tambahan 1,200 kamera AES dan kos itu belum merangkumi kadar inflasi lapor FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.