`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 29, 2016

EGM sah, ikut undang-undang parti – Subramaniam

Ketetapan dalam EGM hari ini juga sah dan tidak melanggar atau bercanggah dengan peraturan parti.
subramanian-mesyuarat
SUBANG JAYA : Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam berkata Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MIC yang berlangsung hari ini adalah sah berlandaskan undang-undang perlembagaan parti.
Beliau berkata, resolusi dan ketetapan yang dipersetujui dan diluluskan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti dalam EGM hari ini sah dan tidak melanggar atau bercanggah dengan peraturan parti itu.
“Mereka yang menuduh EGM ini haram adalah tidak benar dan sangat mengecewakan. Kita adakan mesyuarat ini mengikut peraturan parti dan saya sangat jelas dalam perkara itu,” katanya pada sidang medianya di One City hari ini.
Terdahulu, sekumpulan individu dipercayai penyokong bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel membuat kecoh di luar Dewan Utama berlangsungnya EGM dan mendakwa mesyuarat diadakan itu haram dan menggesa supaya dihentikan.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, bekas bendahari agung MIC Datuk R Ramanan dan A K Ramalingam mendakwa mereka menerima surat jemputan menghadiri EGM pagi tadi namun dilarang menyertai mesyuarat itu.
Dianggarkan seramai 100 penyokong Palanivel muncul mencetuskan kekecohan mendesak Subramaniam keluar dari dewan sebelum polis berjaya mengawal keadaan di situ.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.