`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 14, 2016

Siapa sebenarnya yang mahu ‘bunuh’ orang Melayu?



Siapa sebenarnya yang mahu ‘bunuh’ orang Melayu?


ULASAN l Selepas tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat didedahkan, pada mulanya seorang bekas menteri menuduh wujudnya komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selepas itu, ada pula yang mendakwa saman sivil itu bertujuan memporak-peranda Malaysia.
Terkini, ketua menteri Melaka pula tampil menuduh Amerika mahu membunuh orang Melayu saperti mereka membunuh rakyat Iraq!
Hebat betul panglima setia Najib dari negeri Hang Tuah ini!
Isunya sebenarnya sangat mudah sebenarnya.
Duit rakyat Malaysia dibawa masuk ke Amerika secara haram dan mereka membekukan harta yang dibeli dengan wang haram supaya hasilnya boleh dipulangkan kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai.
Undang-undang pengubalan wang haram diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2010. Parlimen Malaysia sendiri mengetatkan lagi hukuman di bawah undang undang pengubalan wang haram pada tahun 2014.
Rakyat dan orang Malaysia yg menceroboh sistem kewangan Amerika di negara mereka dan bukan Amerika yang masuk campur dalam sistem kewangan kita.
Tuduhan Amerika mahu menjatuhkan Najib dan Malaysia sangat tidak munasabah kerana perdana menteri amat akrab denganPresiden Barrack Obama - rakan golf bersama yang melawat Malaysia dua kali dalam setahun.
Raja Lawak Mega
Ketika, China mengancam ketenteraman rantau ASEAN dengan tuntutan perairan Laut China Selatan, Amerika memerlukan sokongan semua negara ASEAN.
Seperti dimaklumkan di Parlimen awal tahun ini oleh bekas timbalan mentri pertahanan Malaysia, Amerika bercadang dan sedang berunding untuk membina pangkalan tentera di Sabah.
Tuduhan Amerika hendak membunuh orang Melayu seperti mereka membunuh rakyat Iraq selepas menggulingkan Presiden Sadam Hussin adalah bahan sesuai untuk inspirasi Raja Lawak Mega!
Pihak juara Melayu PERKASA pun tidak teruja dengan tuduhan tersebut.
Sadam bertindak agresif menyerang Kuwait dengan niat mengambil hasil minyaknya. Najib hanya merampas telaga minyak Bertam 307 dari negeri jirannya, Terengganu untuk diberikan kepada negerinya sendiri iaitu Pahang.
Apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said membantah, beliau dipecat hingga menyebabkan kemelut politik perang saudara Terengganu belarutan sehingga hari ini.
Najib tidaklah sehebat Saddam. Mungkin taraf jaguh kampung sahaja bukan taraf antarabangsa lagi.
Satu lagi sebab tuduhan hendak menjatuhkan Najib tidak masuk akal adalah kerana beliau sangat taat kepada kehendak Amerika dan Obama.
Tak segagah Saddam
Perjanjian TPPA dimeterai Najib walaupun ramai rakyat membantah sedangkan Indonesia serta Thailand pun tidak menyertainya.
TPPA adalah satu bentuk penjajahan ekonomi yang dipersetujui Najib. Undang-undang Amerika boleh diguna pakai di Malaysia dalam apa apa pertikaian perjanjian.
Pada tahun lalu, apabila negara-negara sekutu Amerika dari Arab dan Afrika menjalankan latihan tentera ‘Northern Thunder’ di Arab Saudi, anehnya Malaysia pun turut serta.
Indonesia, negara umat Islam teramai dan Turki, negara Islam terdekat pun tidak menyertainya.
Najib sendiri ke Arab Saudi melawat tentera Malaysia yang bukan terdiri dari bangsa Arab atau Afrika! Begitu sekali Najib mahu kelihatan rapat bersama sama sekutu Amerika.
Ramai yang tidak menyedari tentera Amerika pernah membuat latihan ketenteraan di Terengganu beberapa tahun yang lalu.
Entahlah bagaimana pula sejarah akan melihat Najib dengan ketaatannya kepada Amerika dan segala tindak tanduknya mengikut kehendak Amerika.
Apa yang nyata adalah Najib bukan seberani dan gagah seperti Saddam dan rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan diserang oleh Amerika.
Ulama membisu
Lagi pun kerajaan Amerika dan antarabangsa lebih ingin melihat Riza Aziz anak Najib, dan Jho Low pulang ke Malaysia menghadapi pengadilan di negara kelahiran mereka.
Rakyat Malaysia juga ingin mendengar cerita sebenarnya dari mulut mereka sendiri.
Soalannya, adakah peguam negara akan membenarkan kes ini dibicarakan di Malaysia?
Adakah kerajaan dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan membenarkan laporan Ketua Audit Negara dan laporan PAC tentang 1MDB dibebaskan dari sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA)?
Soalannya adakah semua ahli kerajaan dan "pembangkang", penasihat kerajaan akan mendesak kerajaan berbuat demikian. Atau adakah sebahagian dari pembangkang yang mengelar diri mereka "penasihat" kerajaan akan membisu sekali lagi atau berkecuali?
Sebenarnya buat masa ini tiada kuasa luar yang berminat atau perlu menyerang kita kerana kita sendiri semakin memusnahkan negara kita.
Kehancuran Malaysia jika berlaku bukan akan disebabkan oleh kuasa luar.
Malaysia akan dimusnahkan oleh mereka yang dipilih dan diamanahkan rakyat untuk memerintah negara dan para argamawan yang memilih untuk membisu walaupun mereka mempunyai ilmu dan pengaruh.
Semoga Allah memberi hidayah dan pertunjuk kepada kita semua.

Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

1 comment:

  1. setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang EYANG WORO MANGGOLO katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama EYANG WORO MANGGOLO
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak EYANG
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI EYANG WORO MANGGOLO 0823-9177-2208
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi EYANG tidak perna meleset
    saya jamin EYANG WORO MANGGOLO tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.