PASIR GUDANG – Bagaikan mimpi menjadi kenyataan buat seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit genetik apabila hasratnya bertemu idolanya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tercapai selepas dikunjungi keluarga Diraja berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam.
Kunjungan Tunku Ismail meninggalkan memori indah buat peminat cilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Hazreel Mikail Hizar (Hazreel), 5, apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan mencemar duli berangkat ke kediaman keluarga berkenaan di Bandar Seri Alam, di sini.
Ibunya, Noor Halimaton Hashim, 35, berkata, reaksi Hazreel sangat terkejut sebaik memandang Tunku Ismail melangkah masuk ke kediamannya kerana sebelum ini wajah itu hanya disaksikan di kaca televisyen dan surat khabar sahaja.
Menurutnya, hadiah pemberian Tunku Ismail berupa bola sepak yang telah ditandatangani tidak lepas dari pelukan Hazreel yang tampak begitu teruja dan gembira.
“Saya memang ada beritahu Hazreel bahawa TMJ nak datang hari ini (semalam), tapi reaksinya agak selamba kerana mungkin dia tak berapa percaya, tapi sebaik melihat wajah idolanya itu masuk ke rumah kami, dia sangat terkejut.
“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada Tuanku Sultan dan TMJ serta keluarga Diraja Johor yang berkenan hadir memenuhi hasrat anak syurga saya untuk bertemu idola kesayangannya itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Noor Halimaton berkata, anaknya gembira apabila Tunku Ismail memberikan keizinan untuk Hazrel bertandang ke sesi latihan Skuad Harimau Selatan dalam masa terdekat ini.
“Paling dia tak sabar apabila TMJ berkenan mengizinkan Hazreel ke Stadium menyaksikan perlawanan JDT di tempat khas pada musim depan kerana musim ini perlawanan sudah hampir melabuhkan tirai.
“Kami sekeluarga sangat terharu dengan kunjungan ini dan sesungguhnya ia akan menjadi satu memori paling indah dalam hidup anak syurga kami,” katanya.
Sementara itu, Hazreel dalam pertuturan yang kurang lancar seperti kanak-kanak seusia yang lain berkata, sangat gembira berpeluang menatap wajah TMJ di depan mata.
“Saya gembira dan terima kasih TMJ,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan luahan hasrat Hazreel, kanak-kanak penghidap penyakit kulit genetik untuk bersua muka dengan Tunku Ismail yang terlalu diminatinya.
Dia begitu teringin menyaksikan perlawanan membabitkan JDT di stadium, namun terhalang dek masalah kesihatan yang tidak boleh bersesak dengan orang ramai.
Namun, ibunya hanya membawa Hazreel menyaksikan perlawanan di skrin gergasi untuk mengembirakan hatinya yang tidak pernah ketinggalan menyaksikan perlawanan pasukan kesayangannya itu.
– Sinar Harian
saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
ReplyDeletepengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang kemarin di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..