`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 5, 2016

Memo Arah Kutip Balik Elaun Tersebar - Apa Sudah Jadi Kementerian Pendidikan?

Aku nampak neh menerusi sebaran peguam Zul Hazmi. Menurut kenyataan yang tertera di dokumen tersebut ia menyatakan bahawa beberapa jenis elaun yang telah dibayar kepada beberapa pihak tertentu perlu dipulangkan semula.



Ia adalah sejenis memo yang dikeluarkan kepada Pengetua dan Guru Besar yang ditanda-tangani oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

Memo tersebut bertarikh 5 Oktober 2016, yakni memo yang baru diedarkan pada hari ini. Aku tak pasti sangat kenapa elaun-elaun berkenaan ditarikbalik tetapi penyebaran di laman sosial mengundang persepsi dan pelbagai spekulasi. Apakah perkara ini melibatkan semua jenis sekolah2 di Malaysia atau hanya merujuk di daerah tertentu sahaja? Kenapa berlakunya penarikan-balik elaun? Masalah kewangan kah? Tahapnya bagaimana? Seriyus sangat kah? Aku harap kementerian yang terbabit boleh beri penjelasan lanjut atas penyebaran memo berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.