`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 12, 2016

Pro Najib Koyak Poster Mahasiswa UM Yang Bidas #1MDB - Aik, Dengan Kad Manila Pun Nak Takut?

Pelajar Universiti Malaya (UM) mendesak pemimpin majlis perwakilan pelajar meletak jawatan, kerana menganjurkan program ‘cuci otak’ mengenai isu 1MDB, semalam.
Presiden Persatuan Untuk Belia Baru (Umany), Ho Chi Yang berkata, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM), Fanitsyara A/P Kam Phon perlu meletak jawatan, kerana bersekongkol dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Umno untuk menganjurkan program “1MDB & Isu Semasa Negara”.
“Seperti mana dijangka, program ini memang sesi cuci otak yang berniat memutarbelitkan fakta sebenar 1MDB dan mengelirukan mahasiswa dan mahasiswi.
“Tindakan MPPUM membuktikan mereka bersekongkol dengan Umno. Ini termasuk larangan merekod sebarang video ketika program ini, sehinggalah pengedaran risalah ‘Saman DOJ Meragukan’,” katanya dalam kenyataan hari ini yang turut mendakwa semua aktiviti dalam kampus dibatalkan bagi memberi laluan kepada program itu.
Ho menuduh HEP UM dan Jasa merampas poster yang dipegang pelajar dalam program itu. (FMT)

Tonton video kat bawah.

Hos cakap ;

1. Tidak beradab?
2. Jangan dibuat lagi dalam mana2 majlis mendatang?
3. Nak mahasiswa yang berani? 
4. Nak mahasiswa yang rasional bukan emosional?
4. Selepas ini saudara dan saudari dapat bersama2 dengan dasar kerajaan kita dengan keadaan yang sopan dan beradab?  

Kahhhhhh!

Kenapa pula keluarkan sepanduk mempersoalkan #1MDB tak beradab? Kan korang sedang buat sesi penjelasan (cuci otak) tentang 1MDB? Dah kena sangat la dengan tajuknya. Punyala takut puak2 neh sampai koyakkan sepanduk orang.Gentleman la sikit. Orang dah persoalkan depan-depan kau jawabla depan-depan. Bagi la hujah-hujah kau. Ini spesis koyak2 sepanduk orang mesti spesis 'tangkap muat'. Taknak bagi hujah. Kalau bagi hujah pun mesti jenis microfon layak kat tangan dia je. Maknanya orang boleh dengar tetapi tak boleh persoalkan semula. 

Lepas tu sibuk canang nak mahasiswa berani. Berani la tu depa dah pegang sepanduk depan2 korang. Siap ada Puad Zakarshi lagi. Tak cukup berani ke tu woi?

Nasihat orang jangan emosi last2 dorang yang emosi bila main sound2 orang guna microfon lepas tu hantar orang suruh koyak sepanduk. Cakap bikin bimbang sembang kencang boleh la. Cuba kau berdepan dengan situasi tu sendiri. Tengok macam mana kau punya emosi. Nasihat orang je lebih. Tapi sendiri tak amalkan. Mabuk betul.

Apa pun harap2 nya mahasiswa yang mendengar cerita tahyul #1MDB tak terhasut dengan propaganda dorang malam tu. Teruskan melawan kerajaan. Kerana apabila anda melawan kerajaan, anda cool dan kacak bergaya.

KAHKAHKAHKAHKAH!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.