`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 4, 2016

Untuk Renungan Bakal Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO Disember 2016

Image result for Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO Disember 2016

Oleh Ahli UMNO Kedah.

ISU BEBAN  HUTANG 1MDB : CABARAN KEPADA PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN 2016 DISEMBER INI.
.
Najib Tun Razak telah mewujudkan 1MDB. 1MDB telah meminjam wang berjumlah RM 42 billion dan Kementerian Kewangan telah menjadi Penjamin.
 
2. Sehingga tahun 2015 jumlah hutang tersebut termasuk faedah tahunannya belum dibayar balik oleh 1MDB.
 
3. Pada Perhimpunan  Agung UMNO November 2015 yang lalu, Najib selaku Presiden telah mengumumkan dalam ucapan penggulungannya bahawa pada Mei 2015 Kabinet telah meluluskan satu Program Rasionalisasi untuk melangsaikan beban hutang 1MDB.
 
4. Mengikut Program Rasionalisasi itu Najib janjikan  hutang 1MDB akan dikurangkan menjadi RM 17 Billion sahaja pada akhir 2015.  Pengumuman Najib itu telah disambut dengan sorak tepukan para perwakilan dalam Dewan Merdeka,  PWTC.
 
5. Malangnya bagi Najib, selepas itu Ketua Audit Negara pula selesaikan  pemeriksaan audit 1MDB. Laporan Audit itu dikemukakan kepada Jawatan Kuasa Kira Kira Wang Negara atau PAC. Kemudian pada 17hb April 2016 PAC bentangkan Laporan Audit itu di Parlimen.  Parlimen dimaklumkan bahawa Laporan Audit mendapati baki beban hutang 1MDB sebenarnya telah meningkat dari RM42 billion menjadi  RM 50 billion pada akhir Januari, 2016.
 
6. Dengan secara langsung Laporan Audit oleh Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen menyanggah pengumuman Najib kepada perwakilan UMNO bahawa hutang 1MDB akan berkurang menjadi hanya RM 17 billion pada penghujung 2015.  Jelas bahawa Najib tidak ikhlas sewaktu memberi jaminan kepada Perwakilan UMNO pada bulan November 2015 padahal Najib sedia faham hutang 1MDB tidak boleh dikurangkan dengan begitu banyak dalam tempoh sebulan sahaja.

7. Laporan Ketua Audit juga membuktikan hutang 1MDB yang bermula dengan RM 42 billion itu tidak pernah dibayar balik oleh 1MDB sejak mula lagi. Sebaliknya jumlah hutang meningkat menjadi RM50 billion pada akhir Januari 2016 (melepasi tempoh Program Rasionalisasi Najib). Oleh kerana hutang 1MDB dijamin Kerajaan, ini bermakna hutang RM 50 billion itu terpaksa ditanggung Kerajaan.

8. Soalan besarnya kemanakah perginya duit RM50 billion yang asalnya RM 42 billion yang dipinjam oleh 1MDB? Wang RM 50 billion itu hilang ke mana ? Siapakah yang mengambil wang itu? Menteri Saleh Said Keruak berkata duit itu tidak hilang. Kalau duit itu tidak hilang, kenapa tidak digunakan untuk membayar balik hutang 1MDB? Kalau Kerajaan pula yang terpaksa menanggung beban membayar balik hutang itu, ke mana lagi wang itu kalau tidak disonglap? 
 
9. Perwakilan UMNO juga perlu membangkitkan soalan berikut pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini :

(i) Kenapa tidak ada seorang pun Pemimpin UMNO menyoal percanggahan antara janji Presiden bahawa hutang 1MDB akan menurun kepada RM 17 billion pada akhir 2015dengan laporan Ketua Audit Negara bahawa hutang 1MDB pada Januari 2016 telah meningkat menjadi RM 50 Billion? Apakah Perwakilan UMNO tidak faham kira-kira wang yang begitu mudah? Ataupun mereka terlalu takut tindak balas Presiden dan isterinya?  
 
(ii) Isu beban hutang 1MDB yang ditanggung Kerajaan memberi kesan besar kepada Negara dan rakyat jelata. Jika UMNO adalah parti yang bertanggungjawab kenapa isu beban hutang ini tidak pernah dibangkitkan atau diminta penjelasan oleh sesiapa pun Pemimpin UMNO di mana-mana perjumpaan UMNO selama ini? Isu ini telah disenyap sunyikan oleh UMNO sehingga hari ini. Ini adalah perbuatan yang sungguh tidak bertanggung jawab.
 
(iii)  Setahun lagi telah berlalu. UMNO akan bersidang sekali lagi pada Disember 2016. Apakah pendirian terkini UMNO berkenaan 1MDB ? Bolehkah pemimpin UMNO memberi penjelasan yang lebih jujur kepada Perhimpunan Agung pada Disember ini ? Ataupun mereka akan terus menutupi penipuan kewangan yang terbesar dalam sejarah dunia?  Apakah parti pemerintah ini akan terus meremehkan isu penipuan wang yang tersangat besar ini?  Sebagai penjamin, beban hutang RM50 billion ini ditanggung Kerajaan.  Hutang ini juga akan dibebankan atas bahu rakyat yang akan dikerah dan diperah untuk membayar GST dan berbagai jenis cukai untuk menutup penipuan 1MDB sebanyak RM50 billion itu.
 
(iv) Perjuangan UMNO sekarang sudah tidak relevan lagi.  UMNO sekarang bekerja untuk menambahkan masalah dan penderitaan  rakyat. Hutang 1MDB yang di TAJA oleh Najib terbukti tidak dapat dibayar oleh 1MDB. Hutang 1MDB telah meningkat dari  RM 42 billion menjadi RM 50 billion - dan kita tidak tahu duit itu entah hilang ke mana. Rakyat terpaksa menanggung beban bermacam jenis cukai untuk membayar hutang 1MDB. Biasiswa universiti, pinjaman Mara dan berbagai peruntukan untuk kepentingan rakyat terbatal, dikurangkan atau dipotong kerana baki wang yang ada pada Kerajaan terpaksa dialihkan untuk menutup lubang 1MDB. Parti Pemerintah hanya diam membisu sahaja. Tidak ada seorang pun dari para Pemimpin Tertinggi UMNO yang  berani bersuara sekurang kurangnya untuk bertanya atau meminta penjelasan apakah kedudukan yang sebenar mengenai  isu hutang 1MDB itu.
 
(v) Lazimnya Perhimpunan Agung UMNO (Dis 2016) adalah pentas terbaik bagi para perwakilan dari serata pelusuk negara untuk bertemu di Dewan Merdeka, PWTC.  Inilah peluang terbaik bagi para perwakilaan dari seluruh negara meminta penjelasan pimpinan tertinggi parti mengenai isu ketirisan 1MDB. 

i) Pimpinan parti perlu jelaskan percanggahan antara angka RM 17 billion hutang 1MDB yang dijanjikan presiden parti pada November 2015 dengan jumlah sebenar RM50 billion yang disahkan Ketua Audit Negara pada 17hb April 2016?  

ii) Ke manakah hilangnya duit hutang RM50 billion 1MDB itu yang sekarang terpaksa ditanggung oleh rakyat ?
 
Inilah dua soalan pokok yang menjadi cabaran besar kepada semua perwakilan UMNO yang bakal hadir di Perhimpunan Agung UMNO Disember 2016.
 
(vii) Jika para perwakilan tidak berani minta penjelasan bagi dua soalan itu, ia bermakna kehadiran mereka dan juga UMNO sendiri tidak membawa faedah lagi untuk rakyat negara secara amnya dan kaum Melayu secara khususnya yang semuanya sangat mengharapkan perwakilan UMNO bercakap tanpa bimbang atau takut kepada presiden dan isterinya. Jika para perwakilan tidak berani menjalankan tanggungjawab yang begitu mudah ini bermakna terkuburlah perjuangan politik UMNO seluruhnya. 

(viii) Andainya Majlis Tertinggi UMNO meletakkan syarat kepada perwakilan supaya jangan menyentuh isu 1MDB secara mendalam bermakna UMNO mencerminkan kebaculan bangsa Melayu untuk bersuara. DEMOKRASI dalam perjuangan UMNO sudah berkubur dibawah pimpinan presiden dan isteri. UMNO sudah tidak relevan lagi sebagai parti politik yang boleh memperjuangkan hak semua rakyat.  Maka rakyat  sudah tidak yakin lagi dengan UMNO.   Percayalah.                        

Ahli UMNO Kedah

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.