`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 5, 2016

SELAGI NAMA NAJIB TIDAK DIBERSIHKAN DALAM SKANDAL 1MDB, JANGAN BENARKAN NAJIB SAIN PROJEK BILLION -BILLION LAGI

Di bawah adalah status terbaru FB saya ( KLiK , ada masanya saya cuma update pandangan dalam FB saja ) –
Pinjam usd3.5 bil (rm14 bil ) dari bank Yahudi tapi interest pun semput nak bayar sampai terpaksa minta tolong IPIC bayarkan dulu atas nama Aset Swap.
Ni buat hutang lagi rm55 bilion dengan Komunis China ….. 20 tahun dan 7 tahun pertama tak perlu bayar lagi makna kesemuanya harus dilangsaikan dlm tempuh 13 tahun. 
Bukan free 7 tahun tapi belum start bayar lagi sehingga tahun ke 8….. @ 2024 baru start bayar. ( sekali dengan interest yg entah brp % )
Lama ke 7 tahun tu ? Hutang 1Mdb rm14 bil dengan bank Yahudi pun lepas 4 tahun sampai terjual aset negara nak bayar interest saja ….. bayangkan hutang rm55 bilion ! 
KATAKANLAH hutang dgn komunis China itu interestnya 3.5% …. bermakna jumlah hutang itu menjadi hampir rm90 bilion yang harus dilangsaikan dlm tempuh 13 tahun bermula tahun 2024.
Makanya kita sebagai rakyat Malaysia yang mewakili diri kita dan generasi akan datang yang bakal menanggung beban hutang itu punya hak untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai perjanjian antara Najib dengan komunis China itu.
Saya yakin ada banyak syarat2 yang kerajaan tidak mahu dedahkan mengenai perjanjian itu. Tidak semudah itu bagi negara komunis China yang kita semua tahu amat licik dalam berniaga, mahu ‘menolong’ kita begitu saja tanpa memberi kelebihan kepada negara mereka.
Jangan perjudikan masadepan nasib rakyat Malaysia !
Anda yakin dengan keikhlasan Najib ? 
Anda yakin dengan kepandaian Najib berurusniaga atas nama rakyat ?
Anda yakin Najib tidak akan ditipu komunis China ?
Makanya Najib ….. jangan memandai2 …. track record anda tak menyakinkan. Bentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum nasib kita digadaikan sesuka hati anda !
Puak macai dan balaci sudah bising melalak meraikan ‘kejayaan gemilang’ Najib di China yang telah menandatangani pelbagai perjanjian dalam lawatan beliau ke sana yang nilainya ber bilion-bilion ringgit termasuk projek HUTANG keretapi pantai timur.
Sebelum kita pun ikut sama memuji2 Najib, suka saya tanyakan beberapa soalan –
Apa yang kita tahu mengenai perjanjian2 yang telah Najib sain dengan negara China itu ? Betul ke bagus untuk negara kita ?
Anda YAKIN dan PERCAYA kepada kewibawaan dan kemampuan  serta kecerdikan Najib untuk mempertaruhkan nasib masa depan rakyat dan negara Malaysia dalam perjanjian bernilai bilion2 ?
SAYA TIDAK YAKIN !
Apa ceritanya dengan 1MDB ? Apakah kita sudah tahu segalanya yang berlaku mengenai 1MDB ? Bagi saya, sebelum kita boleh benarkan Najib sain apa2 projek yang bernilai besar dengan mana2 negara pun, kita kena SELESAIKAN kes 1MDB terlebih dulu.
Ini adalah KRISIS KENYAKINAN kepada integriti dan kemampuan Najib selaku Perdana Menteri kita. Kita kena terlebih dahulu bersihkan nama Najib daripada sebarang tuduhan salahlaku dan pecah amanah selaku PM sebelum membiarkan Najib terus memperjudikan nasib rakyat dan negara dalam komitmen bernilai berbilion2 ringgit !
Saya berikan satu contoh yang seharusnya buat kita berfikir banyak kali apakah kita boleh percaya kepada Najib lagi –
Mkini
Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pihak lagi akan memfailkan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
Tak ramai yang perasan laporan di atas ….. Tindakan Najib yang membantah usaha Azmin untuk menggugurkan status rahsia OSA laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB seharusnya buat rakyat Malaysia bertanya – KENAPA BANTAH ?
Kenapa Najib mahu terus menjadikan laporan itu sebagai rahsia kerajaan ? Atas alasan apa ?
Kerajaan tidak pula berikan alasan kenapa laporan itu masih perlu terus menjadi rahsia kerajaan. Asalnya ia dijadikan rahsia kerana tidak mahu berlaku sebarang kebocoran berpilih sebelum laporan PAC dibentangkan di parlimen. Laporan PAC sudah lebih 6 bulan dibentangkan di Parlimen, kenapa laporan itu masih terus dirahsiakan ? ? ?
Jelas dan terang sekali bahawa ADA perkara yang Najib mahu rahsiakan dari pengetahuan rakyat mengenai skandal 1MDB.
Selagi kerajaan Najib tidak mahu telus dan bersikap terbuka dalam skandal 1MDB, seharusnya kita jangan benarkan Najib sain apa lagi transaksi kewangan bernilai besar atas nama negara ! Risikonya terlalu besar buat rakyat dan generasi kita yang akan datang.
Bentangkan dan bincangkan terlebih dahulu dalam Parlimen sebelum kerajaan beri sebarang komitmen rakyat kepada projek2 yang bakal menjerut leher rakyat di kemudian hari.
Trust Factor rakyat kepada kerajaan Najib sudah hancur !
DIN TURTLE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.