TAHNIAH Parti Pribumi Bersatu Malaysia di atas perlantikan saf kepimpinan pusat yang pertama siang tadi ! Pastinya majlis tadi bakal menjadi sejarah politik tanahair … Saya hadiahkan di bawah protret khas mereka untuk simpanan anda.
Buat masa ini tidak perlulah kita komen lagi akan pilihan barisan itu, Kita nak bergerak ke depan …. makanya berikanlah masa dan peluang kepada mereka untuk membuktikan pemilihan yang dibuat adalah tepat dan sememangnya mereka layak dipilih.
Tadi juga berlangsung sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah dan perlantikan kepimpinan Bersatu.
Portal2 juga sudah melaporkan isu2 yang dibangkitkan cuma bab komen Tun Mahathir kepada soalan yang saya kemukakan berkaitan Imuniti Parlimen VS Akta Rahsia tidak diberi liputan.
Jom layan apa kata Tun –
Saya dapati bahawa ‘Rahsia Kerajaan’ ini semuanya dicampuraduk dengan semua perkara. Umpamanya rahsia kerajaan adalah rahsia yang terlibat dengan urusan kerajaan.
Pasti anda ingat sebelum ini ketika isu 1MDB mula panas …. dengan bangganya macai mendakwa 1MDB adalah sebuah syarikat berhad yang tidak ada kaitan dengan kerajaan. Jangan kaitkan dengan kerajaan, kata macai.
Kemudian sepertinya ada arahan dari Najib supaya dipertahankan 1MDB dari segala kritikan, bukan saja kerajaan malah parti Umno pun turut diheret oleh Najib dalam kemelut 1MDB.
Serius …. tang mana yang skandal 1MDB ini ada kaitan dengan kerajaan ? Selain dari kerajaan menjadi penjamin, segala urus tadbir dan keputusan2 kewangan semuanya kita lihat TERASING dari kawalan kerajaan.
Kabinet pun tak tahu apa2 mengenai 1MDB sehinggalah pada bulan Mac tahun lepas ketika 1MDB sudah terdesak tidak ada lagi pihak yang mahu beri pinjaman, barulah terhegeh2 mengadap kabinet. Itu pun sepertimana disebut oleh Muhyiddin, Arul Kanda hanya datang sehelai sepinggang dan beri taklimat tanpa sebarang nota atau fakta ( KLiK )
Wakil Kementrian Kewangan juga mengakui semasa disoal oleh PAC bahawa mereka tidak terlibat dan tidak pernah dijemput untuk sebarang mesyuarat pun oleh 1MDB.
Jadi kita boleh pertikaikan apakah 1MDB ini menjadi begitu rahsia kerana ada kaitan dengan urusan kerajaan atau kerana kaitan dengan MO1 atau Najib ? Di mana kewajarannya 1MDB menjadi Rahsia Kerajaan ?
Tetapi kalau jenayah berlaku dalam kerajaan, pegawai kerajaan tidak dikehendaki menyembunyi, bahkan kalau dia menyembunyi, itu adalah satu cover up.
Benda yang disebut dalam parlimen itu adalah public knowledge, sudah pun diketahui oleh semua orang. Dia tidak menyatakan sesuatu, dia menanya. Bertanya berkenaan dengan sesuatu. nak bertanya pun tak boleh kah ?
Jadi saya nampak pendekar ni, dia cakap lebih. Bila ada orang serang aja, dia tepis. Dia jadi goalkeeper untuk kerajaan. Kerajaan tak payahlah nak tahan bola masuk pintu gol. Dia tolong tahan walaupun tidak ada asas sama sekali.
Pendapat saya, kalau ada jenayah berlaku dalam kerajaan, menjadi tanggungjawab siapa yang tahu berkenaan jenayah itu membuat laporan kepada pihak tertentu…. samada pegawai tertinggi ataupun kepada polis.
Saya berpendapat bahawa Akta Rahsia Resmi ini telah disalahgunakan banyak kali. Laporan daripada MACC, daripada Bank Negara, daripada Auditor General … itu bukan perkara yang patut dirahsiakan.
Bahkan DS Najib sendiri berkata, dia menyuruh supaya Auditor General membuat kajian berkenaan dengan kewangan 1MDB, dan lepas itu kita boleh tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Tetapi apabila selesai Auditor General membuat laporan, dianya tidak beritahu kepada kita. Dia ( Najib ) mungkir janji. Dan kononnya perkara ini rahsia kerajaan. Apa yang nak dirahsiakan kerana ini duit negara. Kita tahu dah hilang.
Benda itu semua pihak sudah mengaku termasuk dunia mengaku bahawa duit Malaysia ini berbilion2 sudah hilang ! Dan kononnya kita perlu … jangan bercakap, jangan sentuh perkara itu.
Ini bukan tujuan Akta Rahsia Kerajaan.
DIN TURTLE
saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH BASKORO atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH BASKORO,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH BASKORO atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH BASKORO karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH BASKORO di 085217344419 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..
ReplyDelete