NEW YORK – Walaupun memiliki kelayakan yang mengagumkan, tetapi seorang profesor dalam bidang perundangan yang dicalonkan oleh kerajaan Malaysia, gagal untuk dipilih menyertai Suruhanjaya Perundangan Antarabangsa (ILC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Profesor Datuk Rahmat Mohamad berkata, semua negara meletakkan calon terbaik masing-masing.
“Namun pemilihan ini dilaksanakan secara undian, maka ada yang kalah dan ada yang menang.
“Kita perlu menerima kenyataan bahawa Malaysia memberikan saingan yang terbaik walaupun tidak memihak kepada kita.
Rahmat pernah memegang jawatan berprofil tinggi sebagai setiausaha agung kelima Persatuan Perundingan Perundangan Afrika-Asia (AALCO) di New Delhi, India selama dua penggal.
Dengan rekod itu, Rahmat jua pernah dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor Pusat Kajian dan Inovasi Universiti Tekonologi MARA (UiTM) dan Profesor Perundangan Antarabangsa sejak 2003 di Falkulti Perundangan di UiTM ketika beliau memulakan karier sebagai pensyarah pada 1986.
Beliau mendapat pendidikan undang-undang di Institut Teknologi MARA dan menyambung pengajian di Universiti Bristol, England.
Kemudian Rahmat mendapat gelaran doktor di Universiti Aberyswtyh, Britain pada tahun 2000.
ILC yang ditubuhkan pada 1974, bertujuan menyumbang peningkatan dan proses pembangunan perundangan, perjanjian dan merangka konvensyen antarabangsa selain mengkaji isu besar yang berkaitan undang-undang antarabangsa.
Suruhanjaya itu mempunyai 34 anggota yang dipilih sekali setiap lima tahun dan anggota baharu yang dipilih akan memulakan tugas pada Januari tahun depan.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.